January 12, 2011

bihun lada hitam


hai korang. actually ada mcm2 bende nak tulis tp tak sempat.. so i update this simple recipe sajelah ye..

this is one of my fav recipe. tapi sebelum ni main bantai je masak. akhirnya jumpa jugak resipi dia so jadilah bertambah senonoh rasanya. ehehehe. i takde daun kucai so ganti dengan daun bwg saje. tp sedih mcm taugeh, daun bwg semua tak kelihatan. betullah i mmg fail bab menghias teeheee..


bihun lada hitam
(resipi dari sisipan tengah mingguan wanita nov, 10)

Bahan2:

bihun 200g
isi ayam/udang secukupnya
1 ulas bwg putih-diketuk
1/2 biji bawang holland-dihiris nipis
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
10g lada hitam-ditumbuk kasar
10g lobak merah-dihiris nipis
20g tauge
20g daun kucai

Cara2:

1. Tumis bawang putih dan bwg holland sampai naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan udang. Biarkan sampai setengah masak.
3. Masukkan telur dan bihun. Kacau rata.
4. Letakkan sos tiram, kicap cair, lada hitam, lobak merah, taugeh dan daun kucai.
5. Kacau rata sehingga serasi bersama.

ok papai. see ya later

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..