January 24, 2011

ayam masak szechuan


salam hai semua..

sibuk sikit lately, dan takder idea pulak.. macam lemau sikit..

tapi kalau cerita pasal masak2 sukee sebab iyelah itu kan aktiviti kegemaran aku. sedap tak sedap belakang kira, janji dapat cuba masakan baru rasa hepiiii sgt...

so this resipi i amik dr botol serbuk pati ayam knorr.. biasalah semua resipi nak simpan, nak masaknya ntah zaman bile hehe

ayam masak szechuan
(thank u serbuk pati knorr)

bahan2:

sepiring kecil filet ayam-isi ayam tanpa tulang dipotong kecil (perap dgn 2 sudu serbuk pati ayam)
1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil serbuk 5 spices
4 tangkai cili kering-dipotong kecil
1 biji bawang besar-dihiris nipis
1 cm halia-dihiris halus
daun bawang, dipotong sederhana panjang

sos pedas (kacau sebati):

2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar kicap masin
2 sudu besar cuka hitam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

sos pekat (kacau sebati):

1/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
3 titik minyak bijan

Cara2:

Panaskan minyak.
Campurkan tepung gandum dengan serbuk 5 spices. Kacau rata.
Letak ayam yg dah diperap tadi ke dalam campuran tepung tadi. Pastikan ayam disalut tepung dengan sempurna.
Goreng hingga kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.

Goreng cili kering pula selama 1 minit. Angkat ketepikan.

Tumis halia dan bawang sehingga wangi.
Campurkan sos pedas dan sos pekat. Biar menggelegak.
Apabila pekat, masukkan ayam, cili kering dan daun bawang. Kacau sebentar.
Rasakan garam kalau perlu.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Haa.. nampak mmg macam leceh sikit tapi tidak. prepare awal2 mcm filet ayam tu siap2 kan dulu. macam aku time anak tido tu lah nak mendefrost ayam, pastu buat fillet. jgn diamalkan ye saudari2 sekalian.

sebenarnya macam sos tu rasanya boleh terus masukkan dalam kuali tanpa dibancuh dulu. iyelah aku kan dah terbiasa masak main lebur je, asalkan bahan2 tu ada stok kat rumah hehe. kiranya resipi ni ala2 rancangan memasak lah. semua dah siap bancuh.

aku maybe terikut peel mak aku yg pesen tengah tenggek periuk nak masak lemak cili api, sempat pi luar amik serai, petik cili api lagi. tapi aku idak le memetik bagai, aku memetik di peti sejuk je hehe.. tak pun dalam kabinet carik tepung jagung semua..

rasanya macamne??? hahaha.. iyelah dah letak serbuk pati ayam tu berape kali maunye tak sedap?? hehe.. kepada yg tak suka byk sgt perasa kurgkan aje dosnya.. resipi di atas juga aku dah ubah sesikit mengikut kesesuaian tekak aku.

makan dengan nasik panas mmg sedap... ayam tu bersalut tepung ala kfc u. gembira pulak dengan pencapaian tahap tadika berjaya goreng ayam rangup gitu hehe. kira ayam sichuan ni menceriakan hari sabtu aku lah...

bye korang..

2 comments:

  1. Salam Dali,

    Lamanya knur tak singgah sini dan tak dengar khabar Dali....hihi...windu tau...

    ayam sezcuan tu nampak sedap sekali...untuk kak nur tak ada ke??

    ReplyDelete
  2. cik dali..sy bagi awak award..amek la ye..kalau awak ada masa..

    http://cikbetty.blogspot.com/2011/01/main-bagi-bagi-award.html

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..