January 13, 2011

annoying betul si burung belatuk

salam..

tgh bosan kekenyangan mcm nak tidur hehe..

jadi aku nak bercakap pasal perangai2 yang annoying..

aku ni baru pindah opis kan 2 bulan lepas. so sebelah opis aku ada pusat singseh moden, dr yong singseh lebih kurang gitu le nama dia. patient dia yang kena stroke, lumpuh dan memacam lagilah dari indon and singapore pun ada.. ada klinik stroke, restoran, pusat bekam, refleksologi dan memacam lagilah. tp aku tak penah try sbb takde geng.

so dipendekkan cerita, dia ada guard jaga kedai2 dia nih. guard melayu. ada 2 orang tapi tukar2 shift. yg sorang senyap je, ada le sekali aku tgk dia tgh tertido kat meja kesian pulak..

aku ni pulak dgn sifat ramah yg dibuat-buat pi tegur brader lagi sorang tu. dia pulak kalau dah bercerita macam tak boleh berenti. boring agaknya jadi guard. so setiap kali berselisih pandang, akan tegur lah.

bila aku nak keluar lunch selalu pi kedai mamak dalam 2 blok dr ofis. itu jer kedai terdekat dalam lingkungan blok ni. jalan kaki jer. dia mesti tegur pegi makan ke? iye.. pegi mana? pegi kedai mamak le.. dulu aku mmg tak boleh telan, tapi kedai ni pekerja2 dia wanita melayu islam, pas tu aku tgk dia masak goreng2 pun open area, bersih, pakai minyak pun dalam botol minyak beli, bukan yg dalam peket2 tu. peket2 tu dulu aku dengar dorg beli dr hotel yang dah digunakan then process semula.

hari2 kalau shift abg guard ni dia akan tegur.. dengan komen2 dia tu lah..

so sejak tahun 2011 ini aku niat konon nak beriadah lah tetengahari buta pi jalan ke kedai makan melayu yg jauh dekat 5 blok, seminggu 2 kali gitu, dekat dgn opis lama aku. saje je nak jalan2 carik pasal tengahari buta.. ialah nak tggu aku pi jogging jgn harap sebab kena amik si adik debab sebelum 5:30. untuk bwk dia jogging adalah kirim salam sebab dia akan nak dukung saje kalau papa dia takde. itu karang dr nak membakar kalori, jadi bermuscle pulak jawabnya..

pas tu semalam masa balik dr tapau, abg guard tu cakap, eh tak boring ke makan lauk kari tiap2 hari. dia bajet aku pi kedai mamak lagi. aku cakap saya pegi kedai melayu depan sanalah bang. dia cakap, ooh patutlah pergi lama..

eeeehhh, suka hatilah org nak pi makan kedai mamak ke, kedai jauh 13 blok ke, bukannye aku mintak duit kau. kenapalah kena busy body cam tu sekali. karang tak pasal2 tergendala aktiviti aku berjalan laju di tengahari, sebab malas dengar kau membebel. aku kalau pegi mamak pun bukannye makan lauk kari selalu goreng2 je. org nak pergi lama ke suka hatilah..

aku mmg paling nyampah dengan org yang annoying ni.

ada sekali aku pi beli nasi lemak o-d-way ke ofis dalam pukul 9:30, kakak tu tanya, eh masuk ofis pukul berapa ni, sambil tengok jam dia. maka itu adalah kali terakhir aku ke kedai kau kak. aku nak beli nasik lemak bukan nak dengar kau buat sesi soaljawab saksi. dah aku masuk lambat tu adale sebabnya. bwk budak pi klinik ke, bos aku baik ke, aku bos ke hahahaha. hadoiii, tak paham betul...

pas tu di warung nasik lemak lagi satu, siap tanya, kerja apa ek, tu nampak ada kot tergantung dalam kereta. adohai, sekali lagi aku tegaskan di dalam hati, bungkus cepat makcik bukan nak dengar kau membebel. itu jua kali terakhir

lagi satu pi klinik dapat doktor terlebih ramah tanya pekerjaan, pas tu kalau bgtahu terus promot jual macam2 barang padehal aku ni mcm nak terbaring demam depan dia wei.. batuk tertahan2. org lagi nak balik cepat kau membebel pulak.. nak aku lepukkan aje.. tp itu bukan kali terakhir, terpaksa sbb tak byk klinik kat area rumah aku

aku adalah manusia biasa wei. tak kaya tak dela miskin. kerja pun biasa2 je. suka hatilah aku nak buat apa. bukannye malas nak bagitau lelebih sebab penah pasal bgtau kerja apa, bil utk ubat demam yg biasa pun jadi dekat RM70. biasa dalam 40 je. gila apa? apa ingat aku anak angkat donald trump ke hape..

ada sekali pi gunting rambut, minah cina tu mula2 nampak ok. so bila bagitahu kerja apa, terus mintak advise kes perceraian pulak. pas tu siap cerita pasal tuhan jesus tolong dia dalam kes dia tu. ada ke pening kepala aku yang nak ketenangan potong rambut ni. aku dengar je apa2 pendapat dia tapi aku cakap je balik, yg saya tahu tuhan cuma Allah.

sebab tu aku biasa akan stick with the same doctor, the same warung dan beberapa tempat lagilah.. sebab di luar opis aku nak free, bebas seperti burung, bukan jumpa burung belatuk..

maybe aku pun bukan line marketing. so boring nyampah kalau org tanya soklan2 gitu..

so kepada mereka yg annoying, tlglah sedar diri. aku pun kepoh jugak, tp idak le kat semua org. kat family and closest friends buleh la kot.. itupun tgklah masa sesuai nak berkepoh. ini org tgh berkejar pepagi dah tanya soalan sinis, pas tu tghari tgh lapar pi memekak, tgh demam ko nak meniaga pulak.. org nak tidur sambil cuci rambut asik cakap isu kenapa islam boleh kahwin empat lah. bukannye sombong tp tak kena tempat dan masa. aku ada masa mmg nak kena bersendirian, terutama di luar ofis..

sebab tu kalau pi gunting rambut aku cakap je aku kerani pejabat.. senang..

habis cerita..

hehe

sekian terima kasih..

2 comments:

  1. susah juge jd lawyer terhebat nih ehh..

    ReplyDelete
  2. hahaha rina..masalah nye aku bukan lawyer terhebatt. ada bende yg ditanya bukan bidang aku so aku tak tau. keje biasa je tp org selalu expect lebih bila tau.. boring..

    eh, bagus blog kau selalu join contest segmen semua.. aku nak join tp takde masa, tak paham arahan @ tak tahu pasal IT nih.. thanx for inviting. nanti ada masa aku blogwalking n join..gud luck heh

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..