January 3, 2011

1st birthday: blog dakdiana (life goes on)

salam..

hai korang. penat kuyu mata nampak. biasa anak2 dah mula sekolah so harus kita bersengkang mata. mana guru2 yg bercuti dah pun kembali berjuang. to cikgu shasha, cikgu zam, cikgu maya dan ustazah norlida selamat berkhidmat ye. keluarga saya ramai cikgu sebab bapak pun cikgu itu tak termasuk makcik ada 2 org cikgu bla..bla.. bla.. kira kalau diaorg berkumpul, kita boleh lost world of tambun jugak lah dengar pasal exam PTK, kursus etc2, elaun COLA, entah byk sgt tak ingat dah...

ok blog ini dah setahun. happy birthday my blog. kalau baby dah jalan dah ni. ayat seterusnya mmg cliche tp memang betul sgt.. dulu saya ingat blog ini hanya akan dibaca oleh my best friends dan family members saje.. itu saje.. tak sangka pulak ada yg sudi singgah dan follow.. so thank you bebanyak lah.. dekat 3000 visitor setahun mmg mengharukan.. iyelah.. iyelah adalah dekat berapa ratus tu aku yang bukak sendiri... tp kalau nak ikut blog MK dekat 40000 visitor tu aku dah kira dah akan dicapai oleh blog aku pada tahun 2024 (mengikut kadar semasa) kah3x..

bila tgk post ada dekat 100 lebih, baru aku sedar bahawa aku ni mmg suka membebel secara penulisan. macam rasa nak marah org ke aku lebih selesa luahkan dalam penulisan. apa2 feeling pun, i lebih selesa utk ekspreskan di sini..

apapun, i rasa sepatutnya i ni line sastera dulu. tp my dad kata amiklah pure science sebab boleh masuk bidang apa pun. so i gembirakan ayah amik science pas tu matriks dapat 2 offer sekali, law and science. mula2 dapat matriks sains i nangis 1 hari kot dalam bilik sbb i tahu i takkan perform. tetiba dapat pulak offer matriks law idaman hati, siap tunggu abg kurier kat tepi jalan nak ambik envelope UKM law matriculation happy gile masa tu..

tapi bukanlah maknanya sains ni tak bagus or org amik law ni tak pandai. tidak. batch bwh saya ada minah ni dia dah ambik medic 1 semester kot tapi still pilih law. apa2 yg dibuat pun mestilah didasari oleh rasa minat yg mendalam. sains bagus apa boleh jadi doktor, angkasawan semua. cuma aku tak minat.. iyele udah dibesarkan dengan buku sastera hikayat malim deman bagai.. itu semua mempengaruhi tu..

tapi i maleh nak blog pasal kerja ke sebab bila dah kerja lama2 ni rasa boring pulak deal pasal bende yg sama tetiap hari. i suke blog yg fun dan yang kelakar selalunya. ada jua mencuci mata melihat org berniaga..

so inilah jalan hidup yg tuhan lorongkan utk i. i maybe tak dapatlah pekerjaan more to bahasa or menulis yg i suka (konon jadi wartawan or penulis ke.. konon..), but still i buleh blogging utk luahkan apa yg i rasa.

so blog happy birthday.. we all luv u

mama+papa+along+(*angah*)+adik.. muahsssssss

6 comments:

  1. aku peminat blog ko yg no.1 sbb aku suka baca penulisan ko. bahasa ko mmg mnunjukkn ciri seorg educated, lawak2 pn dicurah secara intelligent. kira2 klu ko msuk raja lawak pn ko blh jd pelawak yg intelektual lh.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. wah3x denny terharu aku..terima kasih bebanyak lah.. bahasa haru biru tu.. educated sgtlah aku ni wei.. hoi bile nak update blog kau..

    ReplyDelete
  3. Happy birthday to your blog. Blog aku dah 40k readers? (gi check kejap) ha'ah yelah. alah.. aku masuk sehari 20 kali kot. haha..

    anyway... sila rajin2 membelog ye. Saya suka membacanya. Aku pun kagum ko jadik lawyer akhirnye ana. Teringat peristiwa di marah Cikgu atan kat asrama dulu. Kes kita ATF takmo pindah bilik sbb nak kasik sapa tah tumpang tidur bilik kita. ko siap practice nak berhujah macam lawyer...kikikiki...

    "cikgu atan, saya bangkang!!!!" gitu... last-last aku yg cikgu atan panggil lembu?? err... cikgu..cikgu mesti bangga lembu cikgu pandai membaca & masuk unibersiti & dah jadik orang..kikikk

    ReplyDelete
  4. fuhhh....fuhhhh!!!! (tiup lilin)
    hepi besday yek utk blog ni.. eh, ke utk tuan blog kedaung?? mana2 lah...
    nak bg hadiah xleh sbb budak umo baru setaun jagung ayam... haha..
    gud lak dak ana!!

    ReplyDelete
  5. MK: wahahaha betulala bongok betul peristiwa tu.. ekceli cikgu atan takdele menujukan kepada kau.. ttp kepada semua pemberontak secara umum.. haha memori betul..
    fara:thank u fara..yelah tak payah hadiah..kocik lagi. bagi owner je

    ReplyDelete
  6. diana..diana..ko nih memang lawak dari dulu lagik..ha ni meh aku nak ajak join segmen nih

    http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..