December 30, 2010

malaysia menang.. a family perspective

salam..

waa gembira.. gembira malaysia menang.. wahaha.. padan muke kau indon hahaha.. gembira betul..

semalam, i tanya papa game start pukul berapa? papa ckp biasa pukul 9 or 9.30 malam. papa kalau bercakap mmg confiden tak tahan mengalahkan karpal singh berhujah. so since we all rushing nak pi anniversary dinner my father n mother in law, i berharap dpt tgk kat tempat makan tu nanti.

so bila i dah siap dalam 8:15 dengar org bersorak kat restoran yg betul2 belakang rumah i. terus bergegas bukak TV1 dah start kauuu.. terus kitorg start tengok..

fuhh.. lama betul tak menyokong bola gini..

bila si penjaga gol hensem eh maksud i si fahmi nak tangkap bola, i ngan papa pun bangun sekali nak melompat tangkap bola. sampai dak adik @ si debab menangis ketakutan. ialah menangis sebab tengok i terjerit2 boo n phee wit the game.. terkejut gamaknya ibu yg selalu sibuk n bergegas tetiba jadi mengilai dan aktif gitu...

yg my along biasalah dia dgn 1001 soalan dia seperti gonzales berasal dr mana? i cakap gonzales dr perancis. soalan dia harus dijawab ye kalau tidak macam belatuk pulak tanyo soalan sama. pas tu dia ulang alik kat depan t v naik basikal polis dak adik sambil menyanyi ntah hapa. lepas kena marah beberapa kali suruh senyap, tetiba dia menjerit grakus, grakus kalah.. apa ke bende anak aku ni protes ke hapa tetiba babitkan watak jahat dalam siri arjuna.. biarkan..

pas tu i ngan papa beregu mengutuk lawan seperti:

"eleh markus ko kepala licin pun dah pancarkan laser"

"si nasuha harus taubat nasuha sebelum masuk perlawanan"

"ridwan pulak macam nama adik aku kah3x.."

"irfan pulak hensem.. eh.. eh.. khairul fahmi lebih hensem" (hehe papa i luv u hokeyyy)

"indon tendang bola keluar sebab nak pas bola kepada presiden bambang susilo"


paling puaka sekali yg camera ni pi fokus muka2 fan indon yg cun. i rasa si manohara odelia pinot pun ada. tapi i mengaku mmg cun2 lah yg ditonjolkan. takde pulak kau tunjuk muke bibik supiarti dan si antonio pembina bangunan..

wah gembira betul menyokong pasukan sendiri. respek lah team kita bermati-matian menahan terutama si penjaga gol. terus nak jadikan beliau saudara angkat.. hawau betul..

tetiba my pa-in-law call kata depa dah sampai windmill. apa kejadah kitorg dah lambat.

so sampai di situ saje.. i tgk sampai 1st half saje.

sampai kedai kelam kabut carik tv tgh tgk video michael jackson pulak. ppfffttttt..

tp adik ipar i cuba yakinkan i kita mesti menang gak malam ni sebab menang poin. tapi i tak peduli mesti ada gol jugak kalau tak dorg akan kata kita jaguh kg. pas tu i dpt citer kita menang score 4-2 awww berbaloi2...

congrates malaysia team.. i luv u lah.. bukan jaguh kg maaaa..

so hari ni i dah bertaubat dah mengutuk org.. apapun yg korg baca adalah dr perspektif famili i saje. i yg tak tau apa2 pasal bola except.. SOKONG dan MENANG.. kalu kalah takpe tapi biar bergayeeee..

happy new year korang..

bye......

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..