December 14, 2010

di mana kau mendapat perangai2 itu?

salam..

gaya tajuk lgsung x menarik perhatian..

takpelah..

i cuma nak citer pendek jer.. tentang satu pengajaran.. di mana kita semua mendapat perangai2 kita.. kebanyakannyalah..

ok dipendekkan cerita.. last week adalah saya mentry buat this puding laici. akibat pengaruh denny yg tetiba advertise dlm fesbuk dia buat puding laici..

i benci.. benci.. becoz dgn tak semena-mena apabila terlihat, maka i pun terliur dan terpaksa buat..

first time buat: gagal. laici dihiris kecik2 apakejadah. cair mcm tau fu fah. sadis. but dak papa suka pulak. beliau menghabiskan. tp i keciwa.

second time: agak berjaya. laici diblend. tetapi bongok. agar2 tak hancur sepenuhnya. macam i masukkan nata de coco inside my puding laici. no one noticed. even my mum yg ala2 juri Masterchef juga tak dapat detect. rupanya kena rendam dulu agar2 tu dalam sejam before masak. sadis. sbb sebelum ni guna agar2 serbuk.

tp yg i nak cerita, i bwk balik kg puding tu. yg gembira dan riang ria makan adalah ayah i. tp dia biasa tak ckp depan i, tp bila i takde, dia bgtau semua yg puding i sedap, walopun secara batiniah dia tak tau anak pompuan dia ni bongok buat puding. wakaka.. nasib dah kawen kalau tak org pinang kena le cakap, anak saya ni bodoh memasak..

so patutlah, i sukeeeee sgt makan puding. rupanya bapak i jua adalah suka makan puding. dulu buat puding karamel jua dia gembira riang ria makan. org lain di rumah mak i kebanyakan berjiwa kekampungan gitu.. hahahahaha.. tak layan puding tak macam i ngan bapak i..

SO.. PERANGAI SUKE MAKAN PUDING ITU I DAPAT DR BAPAK I..

and tadi i call my hubby tanya pasal my along. along pegi kelas intensive reading cuti sekolah ni. i sebagai anak guru besar.. i mean ex guru besar haruuuuusss kau tanya perkembangan pembelajaran anak tetiap hari sejurus laki amik dr sekolah.

dia cakap kat every page bacaan cikgu tulis Baik but kat daily record book cikgu tulis komen, "boleh membaca. tetapi byk bercerita dan bermain".

to those yg kenal my along adalah tau dia adalah sgt playful dan talkative.

dan obviously perangai2 itu adalah dijanakuasa dr perangai i.. wakakaka..

gelihati pulak cikgu tulis gitu. bagi i, as long as along happy pi sekolah sudehhh. i nak suruh dia jadik nerd boy mmg takkan berjaya..

aku pun time kat u lecturer membebel depan kelas, yg aku, laila, normah n norzie pi lukis gambar burger lah kat kertas kajang. pas tu ada dialog2 lepas habis kelas ni nak pi mana, pi makan kat cafe ke, or mengumpat di bilik abun ke. kira pi ke kuliah tu utk memenuhkan dewan ajelah..

apa kes nak anak kemain baik diri seniri huru-hara..

wakaka.. ntah hapa2 aku ni..

aku cuma nak anak aku melalui zaman persekolahan yg gembira macam aku dulu..

bersama kawan2 baik..

so kalau anak2 kita nakal ke, pegi lihat cermin, dan cakap pada imej dlm cermin,

"itu perangai kau le ngok"..

and laugh just like i did today..

membetulkan perangai anak2 yg kureng itu sebenarnya adalah membetulkan diri seniri dulu. kalau kita tak suke dibentak2, maybe anak kita pun kena guna psiko jugak nak menghandlenya.

macam along, hari2 i kena buat ala2 magic show masa nak ajar dia sbb dia terpengaruh dgn magic show parti inas..

biasalah perangai aku tu suka parti2, drama2 & surprise2 nih..

tp kalau lebih2 degil n malas mmg kena jugak.. cucu dak ali lah katakan. so anak dak ali juga mewarisi gen kegarangan..

hehe..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..