December 13, 2010

dejavu seorang ibu


(p/s: wajah si debab masa 2 bulan dan along)

salam.

baru2 ni baca entri my friend MK in her blog 'to cook or babble'.

actually i pun semenjak dua menjak ni berhasrat utk menulis pasal isu yg sama.. i mean lebih kurang sama..

tp risau org kata i ni isteri yg tak bersyukur or ibu lupe daratan.. TIDAK..

sometimes, kita akan rasa boring dgn rutin kita..

so tetiba i nak mengasah bakat i bersajak.. so terimalah.. (*tetiba buat gaya artis*)

dejavu seorang ibu

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu basuh botol susu anak
selama anak itu membesar..
dalam kes saya dah 6 tahun, and more years to come..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu bergegas masak
bila2 masa anak anda kelaparan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda perlu multifunction
yakni sebagai ibu, bibik, cikgu, pencerita, pendengar cerita yg sama utk 30 kali dll..

menjadi seorang ibu
bermakna
keperluan anda nak pi facial muka yg mula berkedut
dan juga membeli kasut baru
jatuh ke tangga 142 dan 143 dalam senarai
yg mana
tangga 1-100 adalah list utk anak2 sahaja

menjadi seorang ibu
bermakna
anda memikirkan manusia lain iaitu anak anda
selama 25 jam sehari
iaitu tambahan sejam dalam mimpi
(*eh sukahatilah i nak gandakan masa di dalam mimpi..*)

menjadi seorang ibu
bererti
anda mesti belajar masak
like my mum golden words bile i decide i tak perlu belajar masak dulu
'nanti bile anak kau mintak makan kau mesti akan masak'
betul pulak tu..
omak.. omak.. dak diana dah buleh masak dah.. wakaka..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda akan melalui
rutin yg sama
bangun pagi, siapkan anak, hantar ke penjaga, amik, masak, tidurkan
selama mana anak anda itu membesar di depan mata

menjadi seorang ibu
yang bekerja
bermakna anda akan menanggung rasa bersalah
seumur hidup
kerana menghantar anak anda untuk dijaga oleh org lain
entah dorang sayang ke tak anak kita tu..

menjadi seorang ibu
bermakna
anda terpaksa biasakan diri hidup dlm rumah yg bersepah dgn permainan

menjadi seorang ibu
bermakna
anda rasa ngeri bile ingat saat nak melahirkan
tp rasa bahagia bile tgk muka anak for the 1st time
and for the rest of their life

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
kita perlu menjadi kaya
utk membahagiakan anak
cukuplah kaya dgn kasih sayang
(*ayat menyedapkan hati dr si tak kaya.. wakaka*)

menjadi seorang ibu
adakalanya membuatkan anda nampak sememeh
bile tudung senget ditarik anak
dan seluar lencun kena susu tumpah

menjadi seorang ibu
tidak bermakna
i perlu menjadi perfect mum
yg tak marah anak, or pukul anak bila buat salah..
senyum sokmo bile anak buat peel..
tak perlu perfect gitu..

menjadi seorang ibu
bermakna
ANDA PERLU FEELING DEJAVU EVERYDAY
rasa macam benda2 ni dah dilalui tiap2 hari
sekali-sekala rasa boring tu biasalah
itu maknanya i ni normal
kecuali i ni robot
takde deh dejavu-dejavu nih..

menjadi seorang ibu
menjadikan anda tidak lagi adventurous
kalau dulu buleh travel melebihi 2 marhalah anytime
sekarang jadual anak belajar, tido, harus diambilkira

menjadi seorang ibu
pasti jadikan kita perindu
bila anak2 kita mula meninggalkan kita
ke kehidupan yg mungkin menjanjikan bahagia.. insyaallah
bukan lagi dengan duduk di pangkuan kita
dan mendengar kita bercerita ntah hapa2 dan auta semata2

menjadi seorang ibu
mengingatkan kita
bahawa tuhan sgt mengasihi kita dengan mengirimkan
jiwa2 kecil yang membuat kita sibuk sentiasa

jadi Tuhan maafkan aku
kalau aku ada mengada-ngada
aku harap doa jiwa2 kecil itu
membuatkan Kau memaafkan aku..

11 comments:

  1. 3 kali aku ulang baca entry ni ana berserta air mata aku tak henti2 mengalir. tah pasal apa, nyesal ke sbb berpikiran sedemikian rupa (i.e nak berseronok dgn kwn) atau sedih ke dgn kehidupan. rindu kawan ke? nyesal sbb rasa ungrateful kah? entah....

    tapi aku tahu kau paham apa yang aku cuba sampaikan. dan aku juer pasti bukan aku sorang je dalam dilema ni.... huuuuu

    yang aku pasti mascara aku sudah sememeh sekarang ni....

    ReplyDelete
  2. hu3x-mama ye betul begitulah kehidupan kita sbg seorang ibu
    tq cos menterjemahkan dgn kata2

    aku la ibu yg blur, senget and ngek-wakakaka
    tp dlm kesengetan aku-aku bangga cos dpt gak inas mengecapi nikmat dunia until now and aku berharap selamanya dlm keadaan sihat & sejahtera-

    yg bila dia or aku PERGI nnti -kita berasa senyum & gembira serta puas hati-end up with a ABIG SMILE

    ReplyDelete
  3. athan: hey its ok daa to have those feelings.. maknanya kita dah rasa diri tua and missing those early days..

    norm: yelah janji kita semua bahagia. end up with a big smile.. betul3x..

    ReplyDelete
  4. Hehe..sajak ko nih buat aku terpikir2 pasal diri aku..buat aku rasa lega jugak sbb aku ingat aku sorang je ibu yg x sempurna..

    ReplyDelete
  5. hai rina..lama x dengar berita. thnx 4 visiting yea..aah aku tulih ni sajer je nak mengekspresikan my feeling. aku rasa ramai org rasa yg sama jugak. so idak le teruk sgt rasanya bila tau org lain melalui bende yg sama kann..

    ReplyDelete
  6. diana kalo aku amik sajak ko nih taruh kat blog aku leh tak..tp x tau lagila nak letak ke tak..sbb aku suka sajak ni tapi blog aku tu utk bisnes..kang tersasar lak fokus aku kat blog tu..mintak izin dulu pasal kang ko marah lak aku sesuka amik..kalo aku jd letak aku letak link blog ko la kat situ..

    ReplyDelete
  7. rina:buleh je. nak letak buleh tak letak pun takpe. tq sbb ada gak org yg mghargai.. :)

    aku mmg ada nak citer psl pap smear n the cancer tp maleh nak buat research. aku pun mintak izin linkkan blog kau eh kat blog aku eh..

    ReplyDelete
  8. bole..apa salahnya kongsi2 info utk wanita semua kan..

    ReplyDelete
  9. hah, diana..aku ada satu lagi blog..blog peribadi.. cikbetty.blogspot.com.. bulehla aku paste sajak ko nih hehe..

    ReplyDelete
  10. salam..sy suka sajak ni..nak mintak share buleh?? ^_^

    ReplyDelete
  11. buleh mimie..no problem..linkkan je ke blog ni.tq

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..