November 16, 2010

let the tears do the talking

p/s: Salam semua. Haha lama tak update disebabkan kesengalan streamyx Melaka yg ambik masa dekat 15 hari nak transfer system to new office. I pulak byk cuti bulan ni so mmg tak masuk ofis sgt dan kat rumah mmg takkan online kecuali jenguk blog thru handset. Tak best wei update thru handset.

So citer di bawah ni ditulis pada 11/11/2010 baru hari ni dapat update kat blog..selamat membaca..selamat menyambut hari raya aidiladha..

10/11/10 akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami. Tarikh yg sama adik ipar aku besalin baby girl. Tapi our beloved papa teh belah my hubby pun meninggal jua hari yang sama..

Masa nak pergi melawat tu dah terpikir camnalah wife dan anak2 dia nak menerima hakikat tu sebab papa adalah a very nice n loving guy..

Dan apa yg aku lalui malam semalam sewaktu melawat keluarga dia mmg menginsafkan dan menghancurkan hati..

aku sampai je tengok org tengah baca yassin kat surau so aku decide duk luar sebab dak adik tgh tido sambil berdukung. Dari tingkap surau aku tinjau isteri arwah yg we all call mama teh tengah tersengguk2 baca yasin. Air mata aku dah bertakung mcm empang dah. Yelah aku kan emosi so haruslah air mata bertakung sentiasa kan.. hehe..

So aku lepak2 dengan kakak sedara yg sampai awal dan tanya2 apa patut utk foresee situasi yg akan aku tempuh. aku tanya ‘mama ok ke boleh terima ke?’. Dan kak olin cakap mama kata ‘papa teh tak meninggal lagi’ padehal dia seniri tgk org kebumikan arwah petang tu. That s normal but not good lah. Aku sebagai wanita emosi ada certain occasion mmg akan melalak non stop. So tidak akan byk membantu meredakan. Maknanya dia still tak boleh terima hakikat lagi. So they all malas nak mentensionkan dia cakap je papa pergi berehat so mama kena redha..

Papa teh ni suffer from kanser prostat yg berjangkit2 kanser dia ke kanser tulanglah, masalah jantung lah. So wife dia dah jaga dia dekat setahun lebih tu yg rasa pilu macam kesejukan yang menusuk ke tulang hitam tu..

And kak olin tu cerita lagi, wife arwah cerita, sehari sebelum dia meninggal tu, dia sentiasa cakap pada wife dia, “normah, I love u” berulang2 kali tapi tak tengok muka wife dia. Aku rasa muka aku dah biru masa dengar tu sedih woi mcm tgk filem pulak. Sebab they all memang loving couple so wife dia takde la rasa apa2 cuma hairan kenapa ckp berulang2 kali dan tak tgk muka dia..

So pas tu aku masuk surau jumpa mama dan terus peluk dia, terus dia menangis semahu2nya. Dan masa tu air mata aku pun keluar menderu2. Lama jugak peluk dia dan menangis masa tu dengar dia cakap ‘papa kau tak mati lagi’. Sambil tangan dia kuis2 tikar surau dan cakap berulang2 kali ‘papa kau tak mati lagi’. Aku rasa jantung aku behenti berdegup masa tu. Air mata berjurai2 turun. Aku cakap ‘papa dah takde ma. Biar papa berehat ma. Papa redha mama jadi isteri dia sampai akhir hayat dia ma..’

Dan dia angguk2 sambil nangis2 lagi..

Dia cakap doktor dah cuba sehabis baik. Masa dia koma suddenly heartbeat dia berenti, doktor perempuan muda tu lompat atas katil dan ketuk jantung dia sekuat hati pakai tangan sambil jerit sekuat hati;

“uncle bangun uncle, family uncle semua tunggu uncle” berulang2 kali sampai harapan tu hilang..

Masa aku dengar ni muka aku dah biru balik dah. Tak boleh bygkan camne perasaan family dorg masa tu menyaksikan perkara tu dan juga perasaan doktor tu melihatkan muka2 ahli keluarga pesakit dia mengharap papa dorg selamat. Aku sempat buat kesimpulan bahawa pekerjaan doktor adalah paling mulia di dunia. Biasalah kepoh nak pikir perasaan doktor bagai.. Terus sedih kenapa dulu bodoh belajar tak jadi doktor..

Paling tak tahan mama cerita sebelum tu masa papa koma semua org panggil2 papa, tiba2nampak air mata papa meleleh dr sudut mata dia.. tapi mmg dia dah tak sedar dah masa tu.. last sentuhan dia kat mama ialah sebelum mama balik dr hospital malam sebelumnya, dia tarik hujung lengan baju mama berkali2 macam tak kasi balik. And that was the last touch for her..

Kita semua akan tahu betapa peritnya meninggalkan org yang kita kasihi. Masa kita akan tiba..

Pas tu aku baru dapat jumpa anak perempuan arwah ada 2 org. masa salam anak bongsu dia, kitorg peluk sambil nangis tersengguk-sengguk sebab sesiapa yg pernah merasai kasih sayang arwah mesti akan mengasihi dia apatah lagi anak perempuan dia sendiri..

Masa tu let the tears do the talking..

Aku tahu hati isteri dia dan anak2 dia akan remuk redam lepas ni..

Dan bila bangun pagi cahaya matahari tak seterang dulu..

Dan kicau burung tak lagi semerdu..

Hati tersayat pilu dan rindu sampai ngilu di dada..

Dan setiap langkah perjalanan hidup macam anak2 arwah kahwin ke, dapat cucu baru ke diaorg mesti akan menangis mengenangkan arwah.. Menantu dia atlit Malaysia skrg tgh training di Melbourne tgh fly balik ke Malaysia walau pun balik utk tgk kubur papa dia shj. Papa mmg baik sepanjang 6 tahun aku kawen takde 1 ingatan pun yg tak menyenangkan pasal dia..

Dalam perjalanan balik dr KL – Melaka aku n hubby tak cerita byk cuma bile cerita pasal dia kept saying i luv u kat wife dia sebelum meninggal, my hubby cakap, cinta dia sampai ke hujung nyawa kat isteri dia.. terperanjat pulak laki aku ckp gitu ada perasaan melankolik juga rupanya ingatkan aku jer sasteranita di rumah aku tu..

Bertuah betul mama suami dia redha pada dia sehingga arwah meninggal.. memang ke syurgalah kalau suami redha ni insyaallah..

Kata2 wife dia masih terngiang2 kat telinga bila aku suruh dia balik kampung kalau senang, dia cakap “mama kan selalu balik dgn papa kau”.. pas tu dia siap cakap “macamana mama nak pergi beli barang ni selalu pergi beli dgn papa kau”..

Masa tu aku terkedu..

Sepanjang balik even letih gile aku tak boleh tido. Aku terpikir cemana lah kalau aku kehilangan org yg aku kasihi.. macam mak bapak, adik beradik, suami, anak2, kawan2 baik, mertua dan ramai lagi..

Masa tu cahaya matahari pagi mesti tidak seindah dahulu..

Dan kicau burung tak lagi semerdu..

Tak sanggup bygkan kalau mak ayah takde lagi. Macamana aku nak raya. Sapa nak layan perangai aku yg sengal bodoh sombong eksyen ni kalau bukan mak aku? Ya allah ampunkanlah dosa dan panjangkanlah umur org2 yg kami semua kasihi..

Kepada arwah papa yg sgt dikasihi, semoga ditempatkan di kalangan org2 yang beriman.

Kasih papa sentiasa ada dalam hati kami. Semoga kita berjumpa lagi di sana..

Terima kasih Allah kerna mengurniakan insan2 terbaik sebagai pinjaman. Sekasih2 kami kasih lagi Kau kepadanya. Kami redha..

Al Fatihah.

-in loving memory of my only Papa Teh Al-Razalli-

3 comments:

  1. hmmm....2 helai tisu digunakan semasa membaca entry ini.

    skrg ni aku membayangkan ibu ayah aku yang makin lama makin tua tu. Aku tau masa untuk aku membahagiakan derang dah makin suntuk. huuuuu...

    ReplyDelete
  2. tu le tantan.. aku pun sedih kalo ingat mak ayah aku.. kalo terpikir dorg takde pun dah nak nangis dahh.. bersama lah kita membahagiakan mereka... insyaallah

    ReplyDelete
  3. entry ko kali ni ma mengundang air mata aku di petang sabtu ni...

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..