December 1, 2010

boring..& tips adik beradik rapat

salam..

eh sebenarnya tak boring cuma bizi. letih gile pulak lately. sedang menjalankan projek yg plg lama dirancang dgn my male bestfren (dak papa) so tiap2 hari terpikirkan hal tu.. eh tidak.. bukan nak tambah bayi di rumah ye harap maklum cuma projek ni is the simple one lah, tp dah lama tul saya mengidamkannya. hihi tak sabar.. tak sabar.. hihihi..

ye lah buat statement annoying cam kat atas tak nak beritahu apa bende. annoying betul. sorry it s a secret. walau penuh ranjau dan duri, akan ku tempuhi jua hahaha..

selain drpd projek yg sedang berlgsung, i juga sgt rindu utk mengadakan makan2 at my house. tp adalah sgt mencabar ye bila adik beradik jrg dapat gather berlainan dgn keluarga mertua yg duduk berdekatan so setakat mengumpulkan the whole family is not a big problem. i rasa itulah petua ibu dan bapa mertua supaya anak2 sentiasa rapat iaitu:

1.SEMUA ANAK2 BELIAU TINGGAL BERDEKATAN RUMAH TUA IAITU ABG LONG TINGGAL SEKALI SERUMAH. ANAK KE TIGA TINGGAL DI RUMAH YG DIBINA DI SEBELAH RUMAH TUA. ANAK BONGSU TINGGAL SEKALI SEBAB TAK KAWEN LAGI. manakala i sebagai menantu ke 2 yg tak berapa nak pandai masak memohon tinggal di rumah lain yg hanya sepelaung kata org dulu2 or dalam bahasa moden dalam 10 minit saja dr rumah tua. ia adalah utk mengelakkan mertua dengar waktu senja start enjin keta pi tapau makan, or tgh malam tetiba nak makan mc d keluar melilau.. tp seriuslah, dulu i ingat bende ni macam childish semua kena duduk dekat2 tp lama2 rasa cam bagus lah.. yelah macam rumah i kena masuk pencuri ari tu, dengan 1 phone call, the whole family akan sampai dulu..

2. SEMUA URI ANAK2 DAN CUCU2 DITANAM BERDEKATAN. SO SEMUA MMG RAPAT GILE. ok sebagai contoh, i ll text my sister on weekly basis lah mcm ada apa2 event ke. but dak papa setiap hari adalah sentiasa berhubungan dgn adik beradik dia via phone. memang dorg keje the same company tp eventho setiap hari jumpa but tetiba balik kerja still akan call kalau abg dia nampak apa2 menarik kat internet pasal sport rim ke hapa.. dulu i confuse adakah i kawen dgn that mama's boy tp tidak dia still my hubby cuma dia close with his family. the family is everything. dan i harap anak2 i juga akan rapat seperti mereka adik beradik. so pasal ayah mak mertua pulak, bapa mertua akan sentiasa call anak2 dia everyday. kiranya dorang tak mengamalkan ok kau dah 18 tahun, kau jagalah diri kau sendiri. or anak cakap aku dah besar, so don t call me everyday..

3. TIAP2 TAHUN WE ALL AKAN PERGI BERCUTI SATU FAMILY. trip paling ramai pegi langkawi, tempat terfemes sebab i, mak mertua dan kakak ipar adalah pengumpul tegar brgn dapur. pegi langkawi ada 1 trip tu dekat 40 orang. penuh lah feri tu dgn dak-dak nih. sampai sana bukan makan kedai ye. dengan family mertua no such thing le. kalau makan luar sekali-sekala lah. dapat apartmen masak kat dapur apartmen siap buat open house. macam apartmen i yg malas masak berkunjung makan ke apartment sebelah. meriah betul. plg jauh pergi bali dgn the whole family. seronok.. tahun ni pegi perak dan penang lepak bukit merah. kiranya masa nilah kau nak tau perangai sorang2. barulah dorg tau i ni muka aje garang tp hati baik wakakakakaka..

4. MAKAN BERSAMA DI RUMAH. MASAK DI RUMAH. so inilah sebab utama saya cuba masak sebab famili mertua saya suka makan di rumah. ialah sdgkan pegi langkawi sggup beli rice cooker kat sana pas tu periuk baru beli terus guna utk masak, gilo apo dapat menantu tak tahu masak. masa i nak pindah rumah i 6 tahun lepas, mak mertua adiahkan 1 set periuk comel yg mmg suit keperluan kitorg so skrg i paham betapa pentingnya periuk in a family. tapi periuk itu satu pulak tetiba buat hal handle cover patah pulak last week so mama i need a new stock pot please.. a cute one hehehe.. from ikea... gila punya menantu semua nak free..

so kesimpulannya, bukanlah keluarga mertua saya semuanya baik. TIDAK. tapi nilai2 yg diterapkan yang dulunya saya tak berapa nak peduli or suka rupanya ada kelebihan dalam jangka masa panjang. dorang pun ada selisih faham like other family tp i suka rasa rapat antara ahli keluarga sebab i harap anak2 i yg rasanya akan tak berapa ramai tu nanti dapatlah melindungi each other kalau i dah takde.. anak2 i rapat dgn sepupu2 jika wikend tak pegi rumah atuk meeting main tanah dgn sepupu akan mogok. ini termasuk si kecik dak adik yg juga sedang belajar masak asam pedas guna batu dgn sepupu kak tasha..

itu ajelah tips bapa mertua. but my family @ ayah's family tetap the best in the world. cuma we all jenis survivor dan independent kalaupun jumpa sekali sekala kemeriahan adalah seperti riuh sekampung. meriah dgn gelak ketawa kutuk mengutuk etc.. tp family ayah ada byk term2 yg best yg family mertua i takde. macam 'pak rak' refer pada 'si tak guna ni', 'mengeteh' aktiviti ayah minum kat kedai kopi, 'dewi/dewa' kalau kau terer sesuatu contoh dak wati adalah dewi sambal, dak zam adalah dewa kereta, 'payung kembang' maknanya org tu tgh kaya nak open table belanja makan dan mcm2 lagi. actually i ll laugh more with my own family, and with in laws i ll cook more often..

but still, i love them all..

so menjadikah plan i nak buat mini retro birthday party for myself yg semua ahlil buleh hadir? hihihi.. berangan.. sebab tak de masa lately..

bye..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..