October 20, 2010

yeay besok cuti yiihaaaaaa..

melaka maju 2010.. hari ni sambutannya.. tapi hari ni takde mood dari pagi sebab tak berapa sihat. pi klinik pulak kemain ramai sampai punggung kebas bila sampai turn kena panggil tu.. itule nak juga jumpa doktor favorita kau hehe..

tup tap.. my despatch clerk cakap besok cuti 21/10. pengumuman dah buat di radio melaka. pagi tadi kat court udah didengar desas desus besok cuti tapi diabaikan..

lantas, i mengambil langkah drastik, terus call branch office di masjid tanah cakap besok cuti tp suruh rahsiakan dari jiran tetangga opis sebab takut berita itu palsu semata-mata. kepochi betul. entah2 tak betul ke? ehehe.

so langkah selanjutnya, terus bukak radio melaka astaga baru tau frekuensi 102 fm ye. siap perlu digoogle frekuensinya tu. bukak2 pulak terus dengar pesanan dari pusat zakat melaka so i redho. pas tu kena layan lagi seround 2 lagu yg tak menepati halwa tekak i nak berkaraoke. namun i redho.

dan tiba2 jeng2..dato ali rustam buat pengumumuman BESOK CUTI daaaa..

malam ni ada pelancaran melaka maju yang diiktiraf badan dunia ye, sebelum tu dah lama dah diiktiraf melaka bandaraya warisan dunia diiktiraf UNESCO eksen pulak ececececehhhhhh..

pas tu ada cabutan bertuah pulak menang rumah, kereta dan motor. hampes mesti kena tunggu sampai habis ni kalau nak menang. kot2 tiket i ada nombor kemenangan ke.. cess..

i tau sesape yg pegi tu mesti ada harapan menang hadiah..

i tengok le, kalau sihat pegi.. mood anak2 jua harus diperati.. mood papa takpe mesti ok pasal papa dah kenen nak pegi sejak isnin..

eh korang yang baca yg tak cuti mesti cakap, "eleh macam lah tak pernah cuti"

sebenarnya korang dengki. keh3x.. kasi can lah. i mmg takde mood dah nak keroje..

kepada anak melaka yg bekerja di luar negeri melaka sila kesali keputusan yg telah dibuat dahulu (pada hari ini dan esok sahaja) esp kekandaku kak wati dan adikku dak wan hahaha..

*lantas atas kegembiraan ini i terus kekal dengan saluran MELAKA FM hingga saat ini.. lagu ayam den lapeh lagi*

redho..

2 comments:

  1. yelaaaahhh selamat bercoti bebeh

    ReplyDelete
  2. Slm Diana,
    Walaupun dah terlepas... Melaka Maju!! Bangga ni... bangga....

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..