October 4, 2010

Kepak Ayam BBQ (ala Pizza Hut)



salam..

haha.. nak juga letak perkataan ala pizza hut.. bukan apa, saya dan hubby sgt suka makan deli wings pizza hut tu.. kalau pegi sana akan makan kepak lebih bukannya pizza. lalu di zaman jahiliah dahulu, selalu terfikir sambil mengunyah kepak-kepak itu, bagaimanakah mereka boleh menghasilkan kepak sesedap itu ???

dan sebagai org yang konon rajin mencuba masak, maka akan rajin juga menyimpan resipi. rasanya dah berbulan simpan resipi ini. tapi asal ada kepak ayam akan buat sup atau goreng. tapi semalam tidak lagi, telah tiba masanya resipi itu keluar dari tempat pertapaannya dan berbakti kepada perut kami hehe..

rasanya best ye.. licin licau.. terima kasih majalah NUR utk resipi yg mudah dan best ini..

Bahan2:

4 ketul kepak ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar McCormicks chicken seasoning (*saya tambah)

(*bahan2 di atas sukatan tak perlu terlalu skema, campak sahaja dalam bekas ayam)

Cara2:

Perapkan semua bahan dengan kepak ayam dan biar semalaman. (*saya perap sejam pun sedap juga rasanya)
Goreng dalam minyak sederhana panas (*saya grill dalam microwave 1 jam 15 minit, selepas 30 minit pertama terbalikkan)

p/s: kalau guna oven biasa pun rasanya boleh takde masalah tp kena ikut oven. maybe dalam 200' setengah jam dulu, kemudian terbalikkan. nak tau ayam dah masak cucuk dengan garfu kalau dah tak berair maka insyaallah dah masak.. cucuk sampai ke tulang ye kadang2 kat tulang merah lagi lambat masak..

resipi ni confirm akan jadi resipi wajib di rumah kami.. gembira lah sebab resipi senang lepas perap boleh buat kerja lain dulu pastu sebab tak cukup lama perap, i assume sewaktu panggang nanti dia akan menyerap dengan sekata dan akhirnya sedap. biasalah alasan nak menyedapkan hati hehe..

gumbira..gumbira..

bye.. tata

8 comments:

  1. Salam Dali

    apa khabar? Lama rasanya knur tak singgah sini...knur nak rasa ayam BBQ tu..mesti sedap ni kalau dah ala2 pizza hut.

    ReplyDelete
  2. kak nur, haha, perasan je tu ala pizza hut.. gembira jer bila dpt masak2 ni.. lama tak try masakan k nur.. rindu pulak..takde masalah lately

    ReplyDelete
  3. laila comei5/10/10 2:36 PM

    sodapnyor...berjejeh2 air lioq aku tengok gambo kepak ko ni...wakakkakakaka petang ini jugak aku pi carik minyak bijan (aku ingat minyak ni tuk buat mandi pagi deepavali jek ), sos bbq n kepak ayam di giant..pastu ingat nak ajak abunzettt mai umah kasik komentar bernas tentang masakan aku ni...wakakakakakkakaka

    ReplyDelete
  4. lel:aku juer jahil dulu tak paham apa kebolehan myk bijan. aku sebenonya beli kepak yg dah dimarinate tp pucat lesi gile kedekut tesco marinate ayam gitu. so tambah resipi ni tu yang perap kojap jo..tak sedap jgn marah haa..

    ReplyDelete
  5. dak ana.... meh poslaju smpai johor bole???? sedap jek tengok...

    ReplyDelete
  6. dak fara: weh buleh jer kasi alamat.. dulu kita kan pemegang takhta berlari ke DS time makan..hehehe..miss those days..

    ReplyDelete
  7. salam, nak tanye, kalau x letak sos BBQ, boleh ganti dengan apa? terima kasih :]

    ReplyDelete
  8. salam hi anony..rasanya boleh cuba letak sos lada hitam dlm 1 sudu. tq for asking ye

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..