October 7, 2010

kenapa mesti open house??

salam..

saya suka lah nak menulis berkenaan isu ini. sebab ramai orang tak suka open house. ada tu kesian saya baca dah pegi beraya sampai depan rumah, call tuan rumah, tuan rumah suruh datang besok sebab open house dia besok. gila ker. itu memang menyedihkan lah. mungkin tuan rumah paris hilton sangat nak bancuh sirap pun tak reti. dah orang sampai tu bukak ajelah pintu serve apa yg ada. bengong..

eh tiba2 ter emo.. tapi masa baca pasal tu memang rasa ntah hapa2 lah diaorg ni.

asal usulnya open house tu rasanya nak memudahkan umat manusia beraya..

dapat2 pulak zaman sekarang ni semua orang ada kerjaya memasing cuti terhad.

udah tu bila tau cuti kita terhad, adik badik pakat datang konvoi beramai-ramai. ok apa. gembira tau adik badik datang..

pas tu pak sedara, sedara mertua juga nak berkunjung nak melihat skil kita memasak. dijaga ke tidak laki kita tu. cucu-cucu diaorg ni makan bungkus je ke..

pas tu sebab cuti yang terhad tu jugak jiran2 juga kata nak dtg raya termasuk kawan-kawan..

abih dah ramai sgt yang nak menjenguk kita ucapkan syukur.. kalau tak sape nak mengabiskan biskut raya kau tu. itu tandanya kita masih disayangi.. kalo tak takde kuasanya dorang nak melawat kita..

justeru, dah ramai yg kata nak dtg raya, kita masak sekaligus, sms semua jemput datang, dan dorang pun datang beraya dengan gumbiranya. yang jauh didekatkan, yang dekat jgn makan byk2 itu ari kan kau dah rasa soto aku hehe..

ok jugak bila buat open house ni.. family kita buleh beramah mesra dengan family mertua, dengan kawan2 ke, jiran kita ke..

sape kata tak boleh bermesra time open house. saya ni ha duduk satu kawasan dengan sepupu, sedara, pak busu, kalau idak kerna open house (dan kenduri kendara), tak jumpa pun even satu area pasar malam..

masyarakat sekarang memang dah tak sama macam dulu.. tak mungkin lah anak2 kita boleh merasai suasana hari raya cam dulu.

bulan ramadhan yang meriah, tukar2 lauk dgn jiran. kalau confirm besok raya abang saya dak zam akan lari kat laman rumah atuk jerit "besok raya, besok raya".. edisi puasa dengan meriam buluh dan pelita panjut lagi. raya kali ni saya balik kampung takde pelita so sad lah sebab dak zam dah pindah rumah dah kawen. so anak2 nak main bunga api pasang 1 pelita je.. sedih..

dan masyarakat sekarang juga menghormati privasi orang. saya kdg2 nak gak raya umah jiran2 ni tapi nampak dorang balik kerja petang2 cam penat je ada pulak anak kecik cam saya so kita fahamlah.. dapat pulak yang rumah bergelap je malam jgn kau harap nak pi beraya pura2 tidur le tu hahahaha..

kita pun rasanya tak berapa suka org datang mengejut beraya sebab saya yang ada anak kecik 2 orang ni rumah kebanyakan masa adalah seperti tongkang pecah.. segan wei jiran tiba2 muncul mana kau nak sorok cocoa crunch bertabur kat carpet, pedang arjuna along terselit celah sofa bakal mencucuk punggung orang, basikal adik elok melintang kat pintu masuk nak kena dialih. beg taska dan bakul susu bersusun atas sofa tak kemas lagi. biskut raya dalam balang dah lemau nak kena tukar baru. ada biskut raya along dah makan choc rice + choc chips dia.. segan wei. nampak cam pemalas pulak pdhal hari2 sapu dan kemas rumah.. memang nampak macam alasan tapi ini realiti..

abih tu tak ke nak dijamu jugak tetamu2 nih.. senang lah masak sekaligus. orang ada anak kecik nak mengheret anak beli barang masak adalah mencabar ye puan2. kejap sorang dah terberak, yg sorang nak jam ben 10 nampak kat kedai sebelah, pas tu yang sorang lagi dah letih melalak nak tido.

taun ni saya tak buat open house utk semua. cuma makan2 utk family terdekat saje dalam 30 orang. dari pas asar sampai 1 pagi lepak ngan sedara mara ok apa.. kalau tak buat gitu dorg mesti tak datang sebab tak nak susahkan saya..

or dorg cakap saya pemalas ke.. eksen ke.. ehehehe..

lantak lah.. niat tu penting.. open house atau tak..

orang jemput kita pergi.. makan tu wei, penting..

pandai2 bawak diri time open house.. kalau meja buffet penuh tunggu turn..

jgn tamak haloba pi ambik semua makanan.. lihat org belakang iaitu tuan rumah yg kerisauan makanan nak habis hahaha..

so apa yang baik dan boleh mengeratkan tu tak salah saya rasa..

yang penting kita kenal sedara, yang mana kawan yang mana lawan.. lawan jgnlah kau jemput. kalau jemput ko mesti harap dia tercekik tulang ayam. jgn nak menambah dosa..

tp budi bahasa tetap kena ada. kalau org tak dpt dtg open house jgn pulak bila dia nak dtg kemudian dibolayan. mesti layan semua tetamu ye. kita kan orang Melayu kaya budibahasa..

selamat menyambut hari raya aidilfitri (29 Syawal) yang terakhir esok (Jumaaat 15/10)..

pas tu dah buleh simpan balang kuih raya hehe..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..