October 18, 2010

ayam goreng papito


parpito..parpito.. macam versi mexico pulak kih3x.. my hubby gembira tul menyebut nama parpito itu..

saya pun gembira sebab first time lah masak ala2 nama mexico ni hi2x..

saya gembira dan berterima kasih kepada majalah NUR Disember 09 kerna mengeluarkan resipi yg super duper senang ini.. apa2 resipi yg mudah, dan membabitkan pemerapan adalah menjadi pojaan hatiku..

rasanya juga walllaaaa.. papa habiskan 1/4 ekor ayam secara bersendirian ye.. ayam tak besar sgt lah. ayam tu beli memang potong 4 sebab buat nasi ayam panggang sebelumnya.. dan oleh kerna mmg pemalas sejak azali maka malas nak potong ayam tu kecik2 masa nak masak parpito inih.. jgn dicontohi ye puan2.. :D

basically rasa dia seperti ayam masak merah lah. tp tak payah goreng ayam dulu, perap saje. sambal pulak memang garing dan best betul.. huhu..

ayam goreng papito

Bahan2 (resipi asal):

6 ketul ayam
2 biji bwg besar-kisar
6 ulas bwg putih-kisar
1/2 inci halia
5 sudu besar cili giling
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar kunyit serbuk
1/2 sudu besar gula pasir
*saya tambah sesudu tpg goreng ayam adabi*
minyak utk menggoreng

Cara2:

Campurkan kesemua bahan kisar, garam, kunyit, gula-gaul rata.

Perapkan ayam sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap ye puan2..

Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga kekuningan dan balikkan. Masukkan juga bahan perapan dan tutup kuali. Biarkan ayam masak. Tambah garam dan gula.

Sedia untuk dimakan.

*Rasa dia mmg sesuailah dgn saya yang suka makan pedas2 nih. dan tak sangka pulak papa jua suka sebab dia lebih kepada sup2 nih. so apo laie, dapat resipi yg senang ni, senanglah hidup saya..*

bye semua..

salam

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..