September 28, 2010

rahsia saya..(sebelum balik kerja)

ehh.. nak jugak upload..

boring mehh.. kenapa kerja tak berenti2 datang..

bank pulak buat open bank tak sudah2..

justeru.. bila nak habis posa 6 ni..

saya sebenarnya bosan tengok blog sendiri..

maka dalam masa terdekat akan tukar baju blog hehe..

ok rahsia saya adalah..

SAYA SEBENARNYA TIDAK SUKA MENULIS DALAM BAHASA MELAYU YANG HANCUR..

membaca blog or tulisan orang lain, tiada masalah.. terpulang..

mungkin dari kecil terbiasa membaca novel kuno ayah si cikgu sejarah macam hikayat merong mahawangsa, seorang tua di kaki gunung, batu belah batu bertangkup..

kadang-kadang rasa bersalah pula pada bangsa bila menulis secara bubur caca marba begitu..

macam baru-baru ini saya terbaca satu cerpen kuih goyang nenek di akhbbar utusan, rasa sangat kagum dengan tatabahasa penulisnya..

rasa malu juga wujud bila profesor dato khoo kay kim itu adalah pakar bahasa dan sejarah tanah melayu..

adakah anak-anak saya akan terus mewarisi bahasa baru yang tiada identiti ini?

memang bahasa itu untuk melepaskan lelah kerja, tapi bahasa itu kan identiti bangsa..

sampaikan semalam along tengok kartun jepun berbahasa melayu, along katakan kartun itu berbangsa melayu

padahal ayat yang selau digunakan seperti, "tak guna, serang kau sekarang"

lantas haruskah dihapuskan dekoder astro di rumah??

bapa along pasti tidak bersetuju..

malahan ibu along juga adalah pencinta saluran wayang astro??

adakah saya akan terus menggadaikan maruah bahasa dan bangsa?

sekian epilog petang rahsia saya..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..