September 30, 2010

bukan entri hari IBU

salam..

ehehehe.. heran walau merepek ada jugak yg dtg baca.. mekasihlah.. kihkihkih kesian korang..

sekarang mmg takde idealah.. lalu keluarlah rintihan lah.. epilog lah..

kalau masak pulak malas nak ambik gambar.. sebenarnya takde masa nak ambik gambar..

itu hari masak mi udang kak wana dari potret kasih, gigih ok maklumlah baru balik makan mi udang kat penang.. kat sana pakai udang godang2 ye (godang = besar). tanpa rasa bersalah makan 5 ketul udang godang di rumah nenek saudara. datang pulak 5 kereta so mmg nangis le nenek tu kalau anak buah dan cucu datang. adakah itu nasib menjadi nenek.. ehehe.. macam my mum pun, kalau kitorg balik kalau buleh semua orang dia masakkan lauk kegemaran.

dak diana dan wati lauk tempoyak..

dak reen mesti ada sambal belacan..

dak zam anything can do.. airis jua sama..

menu wajib itik or ayam kampung masak kari hitam.. licin licau tak sempat mak buat roti canai besoknya nak cicah kuah hitam..

utk cucu kesayangan @ lorat tak makan pedas aiman mesti ada sup ayam.. dak wan juga suka..

utk menantu si tukang elektrik encik pezal sambal ikan parang dan berulam timun wajib..

jadi bagaimanakah kami semua tak kuat makan jika mendapat ibu pemurah seperti ini..

rasanya semua ibu adalah pemurah ye..

sebab namanya IBU..

sekarang saya juga adalah IBU..

semoga saya juga menjadi pemurah seperti semua ibu yang lain..

insyallah..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..