August 25, 2010

nasi lemak sambal kerang



(*amaran: sila jgn baca entri ini jika anda rasa nak melempang orang*)

salam..

smlm mmg tak tau dah nak masak apa. walopun resipi bersusun-susun di dalam buku resipi minta dicuba try test, namun apabila kederat takde mmg tak buat punya. kena lah carik yang senang masak dan jua senang dikemas. teringat pulak ada kerang lebih buat kuey tiow ari tu, maka mula lah buat projek buat nasik lemak sambal kerang nih..



dulu masa belajar di Bangi, kalau pegi pasar malam akan tapau nasik lemak dengan macam2 pilihan lauk tambah. perggh, masa tu makan byk mana pun badan kekal dalam kapasiti normal. tapau pulak paru goreng berlada mmg terlupa kalau boifren lalu sebelah haha..

mmg simple sgt nasi lemak ni. along tanya:

"takde sayur ke Mama?"

dia mmg suka makan sayur. lantas si pemalas Mama yg baru teringat tak goreng kangkung menjawab:

"haa.. timun ni sayurlah"

along jawab:

"betulke timun tu sayur bukan buah ke?"

apabila tiba keadaan mengelirukan begitu, maka lebih baik kita buat2 sibuk dan tak dengar. hehe, ikan bilis pun lupa nak goreng. takpelah ini kira nasi lemak basic ni RM1-00 jer..

yg penting pukul 7 dah siap masak, ambil alih tv dr saluran ceria 611, dan tonton epilog syurga cinta. indah betul..(*org bulan posa mengaji, ko tgk tv astaghfirullah*)

P/s: Resipi tak yahlah kasi. malu pulak senang sgt tu hehe. eh lupa, saya takde daun pandan utk masak nasi lemak. so saya letak daun2 limau dipotong 2 ambil idea dr Kak Maz di blog Ilham Dapur. mmg sedap wangi harum semerbak.. mekasih kak Maz..

bye..

2 comments:

  1. Salam Dali,

    amboi ader nasi lemak kat sini ya..knur pun baru hari tu msk nasi lemak...dali sihat ke?

    Dah buat kuih belum?

    ReplyDelete
  2. salam kak nur..

    saya perasan juga kak nur masak nasi lemak..cuma nasi lemak saya biasa je tu

    sihat kak..tulah tengah mencari kekuatan nak buat kuih hehe..

    mekasih kak datang melawat blog saya yg ntah apa2 ni

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..