August 17, 2010

mee bandung & ketuk2 ramadhan



salam..

lama tak merepek dgn gambar masakan di sini. yelah bulan puasa bila kala pulak nak
amik gambar cantik2 sikit. haa saya gembira dpt masak mee bandung kesukaan saya ni. resipi dari blog kak nur my little kitchen, antara blog kegemaran saya. so far takde masalah mencuba resipi kak nur dr singapura ini. semuanya sedap2 belaka. hari2 dok menebeng di blog k nur dgn harapan akan pandai masak semua ahaha.. k nur cyg, saya copy & paste je ye resipi, hari ni buku resipi hikmat tertinggal. ngantuk punya pasal..

Mee Bandung

300gm daging dicuci bersih dan direbus
300gm udang dicuci bersih dan dibuang kulit
500gm mee kuning
sayur sawi
5 biji telur
10 tangkai cili kering dikisar (mengikut pedas masing-masing)
1 biji bawang besar dikisar
3-4 biji bawang putih dikisar
secukup tomato sos
sedikit kicap masin
sedikit gula
garam secukup rasa



Cara-Cara

1. Daging direbus hingga empuk dan dipotong nipis.
2. Ambil air daging tadi dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkan sedikit air daging tadi, pecahkan telur satu persatu. Kecilkan api dan biarkan telur masak. Bila telur dah masak, tambahkan dengan sebahgian air daging tadi.
5. Masukkan daging, sos tomato dan sedikit kicap masin.
6. Masukkan udang dan biarkan udang masak sebentar.
7. Masukkan gula dan perasakan dengan garam.
8. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan matikan api.

Dan selanjutnya, antara gambar ketuk2 klung klang di dapur saya yg agak senonoh rupanya teehee..



(*mee/mihun adalah makanan ruji ketika berbuka puasa di rumah saya. hanya tukar jenis mee je sama ada mee goreng, goreng lembap, mihun goreng, hongkong etc.*)



(*sambal ikan bilis petai*)

bulan puasa ini dpt masak simple2 shj. janji perut kenyang sudah lah. hehehe..

selamat berpuasa dan berbuka..

2 comments:

  1. Salam Diana,

    amboi bukan main lagi pujian tu, malu akak...hehe.

    Nampak sedap mee bandung diana ni...gambar pun terang dan cantik...sambal petai ikan bilis tu sedap tau cicah ngan roti canai pun ok kan.

    ReplyDelete
  2. salam kak nur..

    ehehe betul apa.. mmg sedap semuanya dr blog kak nur..

    gambar tu seadanya ambil masa nak berbuka. gambar sambal ambil pukul 4 pagi masa prepare nak sahur..tu yg kabur tu.. betul cecah roti canai pun sodap

    mekasih k nur..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..