August 20, 2010

cucur udang & ketuk2 ramadhan 2



salam..

yeay.. saya gembira berjaya membuat cucur udang ni. resipi spt biasa dr blog kak nur. tp buku resipi tertinggal, carik semula di blog kak nur pulak tak jumpa akibat sedang lemau. tp senang je. macam buat cucur bilis hehe..

saya sgt suka makan cucur udang ye. sejak dulu akan beli tp sekarang selalu tak habis sebab kurang sedap, kuah tak sedap etc. beli tp membazir je. tp kali ini tidak lagi. along yg pemilih jua suka makan bersama dak adik. 2 pinggan cucur udang habis dimakan waktu berbuka hehe..

Cucur Udang

Bahan2:

3 cawan tepung naik sendiri/ gandum pun boleh
2 biji telur
Daun sup/ kucai secukupnya dihiris
1 biji bwg besar dihiris
300 g udang diambil isi dan dipotong kecil
lobak merah secukupnya dihiris halus
air suam secukupnya
garam secukupnya
sedikit pewarna kuning
minyak utk menggoreng
timun utk hidangan sampingan

Cara2:

Campurkan tepung dan air suam-kacau
Masukkan telur, daun sup, bwg besar, isi udang, carrot dan kacau
Letak sedikit pewarna kuning-kacau rata
Panaskan minyak dan sendukkan acuan
Goreng mcm goreng cekodoklah hehe..

saya tambah carrot sebab anak2 makan kan. konon supaya berkhasiat tambahan. boleh jua tambah taugeh dan apa2 jua bahan yg digemari.

pernah rasa kuih udang alor gajah? femes ye di melaka dan di daerah alor gajah to be specific. sebenarnya takdela spesel sgt (*konon setelah tau buat cucur sendiri. dulu ko borong jugak. hehe*) cuma ditambah gorengan fishcake, dan crabstick etc. pastu ditambah jua isi ayam digoreng utk special order. kalau makan dgn timun ni kira stail kuih udang AG ni lah. apa yg spesel adalah sos dia yg sedap dan spesel. sos ni kira produk tempatan alor gajah yg glamer lah. ok lain kali pi sana akan beli sos ni..



bahan kuah lada utk cicah senang je ambil 5 buah lada merah, blend bersama 2 ulas bwg putih dan gula 3 sudu makan. adjust dgn air perahan limau. letak sos cili sket. cecah pulak dgn cucur udang, rasanya mmg menangkap paru2..haha..

dan tak lupa jua sambungan *ketuk2 ramadhan* maknanya *malas taip resipi, gambar sahaja*



*kurma daging adabi. resipi follow belakang peket adabi T__T *nangis* . saya tambah lada merah dan hijau dan hirisan carrot. syok woo makan lada dan carrot dalam kuah kurma. slurpppp*



*daging masak kicap. biasalah resipi simple wajib nak digandingkan dengan sambal ikan bilis petai masa sahur. tambah carrot demi kemaslahatan anak2. hehe..*

sekian.

bye. selamat berbuka.

1 comment:

masa untuk bersuka-ria..