August 30, 2010

cornflakes madu & kari udang berkobis



salam semua.

hari ni takde mood nak buat kerja. astaga. asik carik resipi saje. hehe. jeles wei pegi blog orang semua buat cookies. kenapakah mereka begitu rajin dan juga sangat mahir??

jawapannya kerna mereka rajin/ penyabar. sadis sungguh apabila sifat berlawanan jawapan tadi adalah ditujukan kpd diri sendiri.

so demi menikmati suasana raya bersama blogger lain, saya telah cuba membuat cornflakes madu. sekali sama pulak dengan chef MK di blog TCOB 'to cook or babble'..wah macam New Kids On The Block (NKOTB) pulak.. *gila oldies grup penyanyi ko ni, kalau budak2 muda jenguk blog ni tak ke tak paham isu itu nanti. lantaklah*

gembira. along jua gembira. senang rupanya. haha. tapi kesabaran memasukkan adunan dlm cawan adalah mencabar keimanan. nasib along tlg cabutkan paper cup. keh3x

*sumber myresipi.com Kak Umie. lupe nama dia. adakah Umi Qazrina yang bercinta dgn Tan Hong Ming iklan Petronas?? hehe..tq kak umi*



Bahan2:

1 kotak kecil cornflakes-270g (diramas kasar)
1/2 buku butter-125g
1/2 cawan gula caster/perang/pasir
5 sudu makan madu
Manik hiasan

Cara2:

Panaskan butter dan gula ke dalam kuali. Kacau hingga gula cair.
Masukkan madu. Kacau rata.
Tutup api. Masukkan cornflakes. Kacau rata.
Sudukan ke dalam paper cup.
Hiasi dgn manik hiasan.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 160' selama 10-15 minit (saya 10 min).
Simpan dalam bekas kedap udara.

Haa..senang kan. anak2 biasanya suka. boleh tambah bubble rice/ choc chip/ hirisan badam yg dipanggang sedikit. suka hati. kismis pun ok kot. hehe

dan jua, resipi turun temurun keluarga hubby Kari Udang Berkobis. Boleh ganti udang dgn sotong jua.



Bahan2:

4 ulas bwg merah-dikisar
2 ulas bwg putih-dikisar
1inc halia-dikisar
1inc kunyit hidup-dikisar
300g udang
Sepeket kecil rempah tumis (50sen..bunga lawang,k.k.manis etc)
Sepeket kecil serbuk kari ikan & udang-jadikan pes dgn sedikit air
1/2 bhgn kobis sederhana besar (buang empulur sedikit shj, potong empat kobis tu)
Santan 200ml-jika beli RM1.40 shj (*ada org kesah? hehe..*)
Asam jawa secukupnya-dijadikan pes
Air 2 cawan
Serai 2 btg diketuk

Cara2:

Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan pes kari. Biar mendidih. Masukkan serai.
Masukkan pes asam jawa dan air. Biar mendidih.
Masukkan santan. Setelah santan nak mendidih masukkan udang.
Perasakan dgn garam.
Masukkan kobis yg dibelah 4 tadi akhir sekali. Sekejap saja lepas tu tutup api.
Masa makan tu kobis tu crunchy tau krap..krup hehe

P/s: sape yg tak suka rasa ke'kobis'an yg jelas masak le lama sikit. saya suke kobis tu rangup2 lagi hehe..

selamat hari merdeka malaysia. semoga minda kita jua merdeka. insyaallah

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..