August 18, 2010

budi yg baik dikenang jua

salam..

pagi ni teringat pulak cerita ni. akibat insiden semalam. tentang kawan atau lawan.

dulu masa belajar saya akan naik motor dan beli makanan di cafe kolej sebelah. ala2 kolej tentera lah sebab byk student masuk tentera wataniah tu. makanan ok lah sedap bagi saya yg mmg tak cerewet langsung. so kalau tapau akan kena line up panjang gile nak bayar during peak hour.

pekerjanya byk warga indon. yg jaga cashier adalah seorang lelaki umur pertengahan dipanggil Wak. tak byk cakap. rasanya hampir setiap hari akan tanya soalan ni je, "berapa Wak?" dan "terima kasih Wak".

nak dijadikan cerita satu hari balik dr kelas lapar gile, pas tu beratur panjang. suasana mmg hingar bingar le. sampai turn saya bayar wallet takde. pehh.. dah la kat kolej orang. kalau kolej seniri adale mangsa2 yg berkenaan boleh diambil kesempatan. askar2 pulak ramai kat belakang tunggu turn. kakak indon yg jadi cashier ari tu pulak pekak bila saya cakap "wallet saya takde nanti saya dtg bayar". dasar pekak pegi cakap kuat2 "apa takde duit?" dgn riak wajah bagaikan saya nak tipu. yang lain2 pun dah tertoleh tengok. saya repeat lagi cakap "takpe nanti saya datang semula amik makanan dan bayar". si pekak pun cakap lagi "apa takde duit?". dasar..

*kesadisan di situ apabila tiada seorang jejaka pun nak buat2 romantis byrkan makanan saya. kalau ada memang terharu habis. teehee..*

ok sambung semula. saya dah segan gile. tetiba Wak datang dan terus bungkus makanan tu dalam plastik dan kata "Ok. boleh pergi". dia terus tolak makanan tu kat saya dan suruh pergi cepat2. si pekak cam confuse. masa tu terasa terharu gila kenapakah org yang sama jantina boleh sengal habis tp wak sanggup membantu agar saya tak berasa malu terus-terusan. Mungkin Wak tahu kepekakan co-cashiernya itu. petang sikit baru dtg bayar Wak senyum je.

pernah ke korang tetiba jumpa org yg baru kenal, or maybe dah lama kenal tp taklah rapat sgt tp sgt baik hati membantu korang dalam kesusahan. mesti adakan tapi tak ramai.

dan korang mesti jugak jumpa org yang korang rasa buleh la harap kalau pun tak rapat sgt tp sebenarnya adalah kategori harapkan tin, tin makan biskut. tak ramai orang yang betul2 boleh melalui susah dan senang bersama dan terima diri kita seadanya.

semalam saya telah menemui nilai persahabatan saya yg dianggap macam sampah oleh seorang yg saya anggap kawan.

ok takde masalah di situ. at least saya tahu.

tp rasanya masih ada kawan2 yg menghargai nilai persahabatan saya yang memang tak kaya harta dan rupa ini.

dan di minggu akhir belajar di universiti, saya beli makanan terakhir dari Wak dan bayar dan saya cakap:

"Wak lepas ni saya dah tak dtg sini lagi"

Wak cakap:

"Wah dah habis belajar ye baguslah bila agaknya kita jumpa lagi ya"

Harus diingatkan dlm cerita ini saya takde apa2 affair dgn Wak. gilo apo ilang aka ko.

dan hari tu saya mengucapkan ayat yg saya sebut kpd Wak hampir setiap hari buat kali terakhir:

"TERIMA KASIH WAK"

Jasa dan budi Wak kepada saya adalah lebih manis drpd 'kawan' saya yang memang tak manis langsung memori bersamanya.

Tak cukup tu mesti akhiri dgn pantun berkaitan:

"Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua"

wah cikgu BM SPM Puan Hasnah pasti bangga dengan pengadaptasian prosa klasik dalam entri kali ini..

tapi kisah ini memang benar cuma di bulan ramadhan dikekang nafsu mengutuk org melalui blog..

terima kasih membaca..

3 comments:

  1. ekao sukakan wak eh... hehe. baru ku tahu.
    Is dan Liza (cafe kajai) ekao tak de memori terindah ke dengan mereka

    ReplyDelete
  2. aku suka cerita ni babe.... syabas bete...

    ReplyDelete
  3. atan:aku mmg suka membebel haha
    ise:ada jugak tp krg kontroversi pulak..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..