August 12, 2010

the backyard party


salam..

hai semua. terima kasih dtg melawat. especially kawan baik saya cik farra kaktus kepala merah yg dtg melawat baru2 ni. sgt happy. farra dan MK adalah geng gile saya di mrsm dulu. thanks farra dtg jengok blog aku..

parti ni utk along ye. hadiah utk along dari mama. dah besar anak mama..

demi menjaga kemaslahatan Ramadhan, maka saya tidak akan merepek terlalu panjang. marilah kita bersama mengimarahkan bulan yg yg mulia ini dgn aktiviti berfaedah.. insyaallah..

gambar hanya diambil di kala diri sendiri free..

Party: Along's birthday party cum wedding anniversary



Tempat: Laman belakang. kengkonon backyard la, sebenarnya rumah saya adalah tercumil, maka lebih afdhal sanak saudara dan rakan taulan makan di luar saje.. lihat botol dak adik mengganggu kesucian gambar parti..

Tema: Parti kanak2. sebenarnya plan Ben10 party. namun along kata Ben10 tak kuat, justeru beliau memilih Power Rangers dah tu Power Rangers merah pulak tu. lantak lah mama beli kan saje kanak2 topeng Power Rangers.. kek totap Ben 10..





(*kengkonon kidz corner lah. pdhal takde meja lagi nak letak T__T. lihat jeli buah2an disediakan oleh si mama gile jeli. lihat jua topeng Power Rangers pegi pilih dgn along rasa macam sedang pilih tudung awning pulak. walopun muka topeng merah tu sama kaler dan bentuk, along tetap ckp ada beza antara 2 topeng merah tu. biarkan.. lantas memahami perasaan anak bujang bila kena teman mama pi kedai tudung dan baju.. terbit keinsafan 5 saat T__T*)



(*fuhh..nasib along setuju dgn kek american choc ni sebab kedai kek takde stok gambar Power Rangers. Kerajaan 1 Malaysia sila hapuskan kartun Power Rangers kerna menyukarkan ibubapa*)



(*lihat tangan2 yg menggapai tak sabar2 nak makan kek. along sambut sekali dgn sepupu terkorib kak tasha dan juga danial. sebenarnya besdei danial bulan 1 tp danial jeles lantas letak nama dia sekali. danial pliz grow up..*tetiba emo.. crazy makngah danial*)



The food: teehee.. biasalah cepat dimasak sedap dimakan.. soto ayam. makan bersama ketupat/ mee/ mihun, bergedil, kuah kicap pedas, bwg goreng (beli siap), daun bwg, ayam goreng berempah serai (*kak nur i luv u..amik resipi ni dr blog kak nur*).. ni semua saya masak eh.. cuma tak nampak dlm gambar bekas kuah soto dan ayam goreng berempah. dan buah2an. dan sate si ali sate lambat hantar hampess.. itulah kali terakhir order dr kau Ali Sate..*emo*

yg diorder: roti jala utk bapa mertua, kari ayam dan sate..

aktiviti anak2 menunggu tetamu hadir:





(*kilauan lantai hanya sebelum kejadian. selepas itu rumah bagaikan gelanggang WWF*)



ribuan terima kasih kpd yg hadir dan telan apa yg ada.. sebenarnya mmg diuji tuhan masa parti tu demam dan tekak takde rasa. tension tau bile masak tok leh rasa. so food taster diraja rumah saya aka dak papa sedia berkhidmat.. nasib takde org komen..

thanx to artis yg hadir iaitu cik normah miss universe..gambar tak sempat amik akibat cik norm ada pasukan cameraman pro sendiri dan muka saya pun dah berminyak bagaikan kuali goreng ayam berempah yg belum sental di dapur.

pape pun terima kasih sebab grup cik norm makan dgn gigih. sebab my hubby cakap kalau tak habis makanan tu kita continue warung je kat luar malam tu nanti.. teehee.. kalau ex ukm dan ex kajai mesti tahu Warung Glam Wak.. memori betul. eh apesal dulu malam2 buta makan nasik lemak n teh tarik tak gemuk haa..*lari topik betul*

along, n kak tasha yg juga along, happy birthday..





(*along comot dah bergusti dan cucuk2 kek earlier*)

P/s: panjang betul cerita. kata ramadhan.. T__T

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..