July 5, 2010

that-really-funny-blog

salam.. hari isnin mesti bosan namun tetap kerja dgn tabah.

takde apa nak cerita. ada masak tapi malas betul amik gambar. tak semenggah rupanya. cancel.

cuma 1st time di sini nak cerita pasal satu blog, blog usang lagi bersawang ni. ditulis oleh medic student yg sedang balik bercuti di malaysia. org negeri sembilan ye.. so far saya tgk org nogori ni mmg ada kebolehan blogging yang hebat dan kelakar lah.. so berbanggalah kalian..

about bakal doktor ni, saya selalu gelak gile membaca coretan pengalaman dia dr zaman sekolah sampai lah dia belajar di dublin. memang akan terkekeh ketawa kalau baca sebab akan teringat member2 lama dulu. so menceriakanlah hari isnin yg kengkonon muram ni.

macam recently dia tulis pasal loser di sekolah mmg kelakar sebab saya teringat saya pun loser jua di sekolah menengah atas. coretan dia adalah sgt tulus, dan bahasa2 dia tu boleh lah dimaafkan sebab takde lah merepek sentiasa dgn WTH, WTF sentiasa yg saya sendiri nak taip pun segan. blog dia adalah antara blog favourite saya dan saya harap dia kekal di landasan yg benar, dan sentiasa membuat pembaca dia ketawa.

bagi saya orang yang blogging mcm saya adalah org yang sgt suka menulis dan bercerita, dan tak kesah pun reader dia klik advert atau tak, cuma gembira bila ada orang yang sudi membaca..

betul tak para blogger sekalian??

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..