July 15, 2010

padprik udang+sotong mamamia



(gambar: lihat si pemalas tak potong tangkai cili api.. itu satu saje tertinggal ok.. yg lain potong)

salam..

eh tiba2 namakan mamamia..

konon angan2 lah dulu nak namakan anak mia..

abih muka mak kalau macam sofea jane sesuailah. ini macam sapiah jonet (bukan nama sebenar).. ahahaha.. no offence sapiah jonet.. without prejudice..

ok. itu sahaja repekan minggu ini. seterusnya saya ingin bercerita berkenaan kesuksesan padprik udang+sotong saya. akibat rintihan entri sebelum ini, saya nekad utk mencuba padprik kegemaran saya ini. *gaya nekad macam nak cuba masak masakan venezuela*.

Bahan2:

300 gram sotong-potong sederhana
300 gram udang-buang kepala dan kulit badan
6 biji cili api diketuk
3 biji bwg merah (tumbuk)
2 ulas bwg putih (tumbuk)
2 sudu makan sos tomyam *saya ganti 1/2 kiub tomyam
2 btg serai-ketuk hingga hancur
carrot secukupnya-potong
kacang buncis secukupnya-potong
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
daun limau purut-dipotong 2
minyak
air
garam jika perlu

Cara2:

Tumis bawang hingga kekuningan
Masukkan cili api
Masukkan kiub tomyam (1/2), sos, serai dan sedikit air
Biar menggelegak
Masukkan sotong, udang, carrot dan daun limau purut.
Biar mendidih-tambah air jika perlu
Masukkan kacang buncis-kacau
Rasakan-tambah garam jika perlu
Hidangkan dengan nasi

P/s: saya hidangkan dgn nasi goreng sotong. best..

gumbiraaaa...

bye..

(sumber: buku senangnya memasak nasi by chef hanieliza)

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..