July 8, 2010

nasi goreng cina



salam. sgt bosan jika tiada usaha utk mencoba masak. walopun entri-entri yg tidak berkaitan masakan kelihatan mendapat pembaca lebih selalunya.. ahahaha.. tak kira nak jugak. masak dah jadi satu terapi bagi saya daa..

tq to nuffnang sebab drpd analisis dia boleh tau berape unique visitor tiap2 hari. dan juga kelakar dapat tahu ada visitor dr rusia, finland, singapore. terima kasih lah visitor2 ku sayang esp. dari malaysialah. dan juga dari nuffnang tau ada org taip keyword "normah si gadis yg ayu" (*mesti engkau kan normah*), "mini roti john" dll. utk sampai ke blog saya. dan tak lupa nuffnang tunjukkan blog referral kengkawan yg paling hot mestilah "to cook or babble" kelolaan MK. nuffnang is blogger's bestpal.

so nasi goreng cina ni dicedok dr buku senangnya memasak nasi oleh kak haniliza. kak haniliza adalah antara chef kecintaan saya di samping chef MK dan kak Nur my little kitchen. itu lah blog yg saya rasa hebat dan mudah resepinya yakni dapat mengikis kemalasan tahap dewi saya ini. tq chef semua. i love u all. akibat kekerapan mencoba masak sekarang, bile tak larat dan suruh along pi kat tapau kedai depan dgn papanya, along akan bertanya dgn muka bersungguh-sungguh:

"MAMA TAK MASAK KE HARI NI???"

*Tskkk.. mama letih lah along* (alasan sanskrit kuno). along gigih skrg kalau nampak sheila rusly goreng telur dgn mayonis kat iklan pun akan bergebang:

"mama nanti masak ni tau. mama kan pandai masak"

*Tskk.. ape kes kehebatan tahap telur dadar*. so inilah mama masak nasi goreng cina ye:

Bahan2:

2 cwn nasi-diperoi
2 biji telur
100 gram udang, buang kepala dan kulit badan
1 pokok daun bwg-potong pendek
100 gram sayur campur sejuk beku
100 gram kobis-potong sederhana
garam
minyak
2 ulas bwg putih-ditumbuk
1 sudu teh lada hitam-ditumbuk

Cara2:

Tumis bahan ditumbuk hingga wangi.
Masukkan udang-kacau hingga udang separuh masak
Masukkan sayur campur dan kubis-kacau
Masukkan telur biar sebentar-jgn kacau
Apabila telur sudah separuh masak-kacau supaya hancur sedikit
Masukkan nasi dan garam.
Kacau mesra dan tutup api.
Masukkan daun bawang dan kacau.
Angkat dan hidangkan.

P/s: sonang giloss. kanak2 jua suka.

Tata..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..