July 13, 2010

my plain life

salam..

perlukah tajuk begitu. kenapakah..

takde mcm sedih wei takde masa nak cuba2 masak..

adakah coba menyalahkan pencorik ari tu yg membuat saya menjadi malas??? tidak.. usah ko beri alasan kuno itu..

ada buat puding kastard tp hmppphhhhh rupa cantik tapi kemain manis lagi.. saya mmg benci manis2 ni. pas tu buat pizza hampir berjaya tapi dia punya tapak tu gagal (*betul ke 'tapak' tu*) tetiba rangup macam kulit karipap. walopun papa makan separuh pizza tu namun saya tetap keciwa.. penat woi cari mozzarella cheese (*nak terbelit lidah menyebutnya*) keju italiano tu (*padehal ko beli kat family store masjid tanah je*) siap tertinggal kat kampung pasal tumpang fridge mak takut rosak pas tu minggu depannya baru dapat buat. pas tu baru tahu yg pizza yang mcm ada gam melekat masa kita tarik pizza tu adalah keju itali tu sebenarnya. sebelum ni bongok ingat pakai keju biasa..

pas tu buat jua ayam panggang ala kenny rogers berjaya tp kelakar pulak nak hupdate gambar peha seketul tu, sebab panggang 2 ketul peha je, satu dah kena ngap sebaik sahaja keluar oven oleh along. resipi sebenar seekor ayam, nak beli sekor tu buleh ke dihabiskan kelak.. nantilah kena buat parti gosip ipar duai baru buleh try kasi tenaga semasa mengumpat..

adapun kegagalan2 itu berpunca dari resipi tak semenggah yg saya dapat dr *sumber dirahsiakan, bukan blog tp majalah*. itulah, resipi di blog MK tak habis cuba dah pegi menggatal nak buat yg lain.

skrg ni, kegemaran famili adalah sayur pak choy goreng. along suh letak udang dan sotong. dia tak sedar ibu bapanya dibelenggu masalah resdung yg malam2 akan sok-sek-sok-sek tak abih2. abih kesian jua pada dak adik yg skrg gigih merayau satu rumah, dan akan datang pada mama utk isi minyak *makan* pas tu merayau lagi ke dapur semua. nestum dah tak nak makan sgt. nak makan macam org tua *eh dewasa maaf sape yg tua neverrrr* harapan bila adik besar sikit dan sampai tahap sinki, adik akan tlg cuci kuali dan periuk malam2 ahaha *tidak lupa botol adik sendiri*..

so hopefully saya akan rajinle cuba masak2 nih. chef ditakuti mak sendiri sebab komen tahap adlin aman ramlie tu. menusuk kalbu ahaha.. mak i luv u..

P/s: saya rindu kak suhaina. kak su contactlah saya..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..