July 19, 2010

ayam panggang ala kenny rogers



salam semua..

sebelum terlupa, saya dengan ini menjemput pembaca blog saya ini ke kenduri akikah dak adik pada hari sabtu, 24/7/2010, jam 3-5 petang. sape2 kawan yang nak dtg melaka or terasa rendu kat saya nih, sila kasitau via sms/ tinggal mesej pada chatbox yer. tidak lupa jua pada sesape yang saya tak kenal personally di mana salam persahabatan disambut di alam maya (*tetiba), boleh jua datang. tinggalkan jejak and i'll trace u back.

ok, pasal ayam panggang dak kenny ni, saya memang rekemen habis kepada pada para ibu2yg kengkonon bizi. dan especially kepada yang berada dalam kelompok jahiliah masakan seperti saya. sebab senang sangat. yang penting barang2 ada. saya beli ayam seekor, bawak half ke event abg ipar hari sabtu, pas tu ingat nak bwk balik kg hari ahad. tapi papa kenen lagi, panggang jua lagi sebelah malam tu dan selesai jua..

Bahan2:

1 ekor ayam
3 biji bwg besar
4 biji bwg putih
1 inci halia
2 sudu besar sos lada hitam (*saya guna bbq sauce)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar gula
2 sudu besar herba campuran (*saya guna mix spices-talippu)
1/2 sudu teh garam
air utk mengisar
mentega secukupnya(* saya guna 4 sudu marjerin untuk 1/2 bhgn ayam)

Cara2:

Campur semua bahan dgn air dan kisar (kecuali butter)
Lumur pada ayam
Perap 1 1/2 jam (lebih lama lebih sedap)

(Selepas 1 jam setengah) *eh macam skrip drama form 2 lah i like..i like

Alas dulang pembakar dengan alumu. foil dua lapis (untuk elak menitis)
Panaskan oven 250' 10 minit (atau ikut kesesuaian)
Cairkan marjerin dalam kuali kemudian lumurkan pada ayam
Letak ayam atas dulang tadi
Bakar 250' selama 30 minit
Curahkah sedikit air perapan ke atas ayam agar tidak terlalu kering
Bakar lagi selama 15 minit
Ready to serve..

P/s: kalau dah terer panggang ayam, boleh terus balut ayam dgn alum. foil saje. Ini supaya anda tidak merasa bosan mengelap oven selepas masak. Dan kepanasan oven jua bergantung kepada tahap oven andalah. Bagi oven cap ayam saya yang byk berjasa tu, itulah kepanasan yg ok bagi 2 kali testing panggang ni haha..

dan jua herba campuran tu konpius nak carik, saya jupe yg ala indian style tu lah nama talippu, lain kali maybe boleh cuba english nyer spices cam oregano etc.

ok lain kali saya harus tambah french fries ka dan kasi curah kuah sket ka kasik western lah konon..

ok love, bye....

1 comment:

masa untuk bersuka-ria..