June 29, 2010

roti jala



salam..

lega kerje dah siap. boring tau menghadap bende yg sama berbulan2. sampai dah hapal ayat2 dia. hehe

ok. berkenaan roti jala ini. saya sgt suka makan roti jala. so bila tgk blog kak nur my little kitchen ada resipi, gigih i menyalinnya. cubaan tu biasa lah lambat sikit. cita2 tu yang penting.

tapi rupanya tidak mudah ye nak menjala ni. saya nasihatkan buat jer acuan tu byk ikut kak nur takpe. sebab jalaan yg awal tu tidaklah cantik sebab takde skil lagi. lebih kpd rupa jala rosak or jala tersilap jahit oleh nelayan amatur lepasan universiti yg terpaksa jadi nelayan sebab gagal mencari pekerjaan dan nak bayar PTPTN. amik kau, merapu sampai mcm tu sekali. haha



Bahan2:
500g tepung gandum
200ml susu cair/santan
900 ml air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
acuan roti jala

Cara2:
kocak telur dan garam hingga sebati
masukkan tpg gandum dan kacau rata
masukkan susu cair dan air sedikit demi sedikit.
kacau atau blend sahaja sehingga serasi
letak pewarna kuning dan perap selama 20 minit
selamat menjala..

saya kurangkan acuan asalnya separuh sebab takut banyak sgt. so jala punya jala, tak dapat jugak skil nak gulung tu. hujung jari melepuh jua menggulung. akhirnya saya pakai 2 garfu dan lipat terus dalam pan. oklah tu rupa dia. macam jala yang dilipat.

dan masa nak jala tu test lah adunan tu mestilah telus keluar dari acuan seperti hujan lebat ye. yg penting cuba. kalau pekat sgt letak air panas sikit. kalau cair tambahlah tepung. cuba jgn tak cuba..

rasanya ehem usah ditanya (*siapa pulak yg tanya*). resipi kak nur hebat belaka. pas tu cecahlah dgn kari ayam or daging or kambing or arnab..*tlg diam*



maafle ye kawan2. asik merapu. letih ni. actually roti jala ni prepare pagi2 subuh ahad selepas kejadian ari sabtu sebab tak leh tido lena. tetiba masa tu prepare kari ayam, roti jala dan goreng cekodok pisang sekali. konon nak buktikan pada diri bahawa penjenayah tidak boleh merosakkan kehidupan dan cecita nak masak roti jala saya. trauma weh jumpa pencurik.

masa menjala tu i bygkan i menjala kepala pencurik tu siap cakap, "dijalokan kepalo ekau pencurik".. heheh jgnlah ikut ye rasa marah masa memasak akan mengakibatkan masakan kurang kasih syg..T__T

kepada sahabat yg mendoakan keselamatan saya sekeluarga terima kasih byk2. korg pun jaga keselamatan ye.. i love u all..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..