June 28, 2010

perfect stranger

salam. tiada mood utk upload sbb ngantuk+letih gile. saya terserempak penjenayah di rumah sendiri ye sabtu lalu. saya dgn anak2 duduk kat depan rumah, satu lelaki melayu bongok masuk rumah dari pintu sliding tepi. pas tu bile nak masuk rumah nampak dia kat dlm rumah so i rasa itule drama 2 babak tercemas sepanjang i hidup ni.

i jerit woi kau sape ni. dia cakap rilek le kak.

pas tu i tarik along lari ke depan rumah siap jerit along lari along.

pas tu si bengap lompat pagar dan lari dgn motor bersama rakan jenayah nya.

pas semua tu jadi, buat repot polis pukul 12 tengahari polis datang pukul 9 malam itupun amik gambar luar rumah jer.

cuma i byk kali bersyukur sebab anak2 selamat, brg2 penting jua mcm dihijab dr dorg nampak. ada duit syiling tabung along dalam rm200 agaknya letak dalam make up bag tak pasan plus electronic gadjet pun tak nampak sebab terlindung dgn barang.

cuma i hilang cincin tunang dan nikah itu plg sedih. yg lain itu bukanlah takpe tp tidaklah seprecious yg itu.

i bersyukur tuhan masih sayang i yg huru-hara ni..*sedih*

so kawan2 hati2. i dulu selalu pikir siapalah nak masuk rumah i ni kosong jer. but nope, dorg nak cash, handphone dan brg2 mcm emas sbb senang nak lari. so berhati2.

sampaikan brooch murahan i pun nak curik satu bekas sebab nak amik cincin. macam hawau.

i serahkan pada tuhan utk mengadilinya.

along cakap kalau along dah besar along tumbuk dia.

jgnkan along, kalau mama ada black belt taekwondo mama terajang dia.

i serius akan masukkan anak2 dalam kelas pertahanan diri bile cukup umur. dan sentiasa ajar anak2 setiap masa what to do kalau emergency. nasib masa i lari tu along lari laju2 pegi depan sambil i dukung dak adik dan sebelah tangan tarik along. tak bleh bygkan lah masa tu. my wikend habis dgn i monolog, what if along masuk rumah dulu dan jumpa si bengap, what if i masuk rumah dulu, dan mcm2 what if lagi. jawapan dia i dah jumpa, allah masih sayangkan kami sekeluarga T___T

masa dia masuk, semua adalah PERFECT, takde org lalu lalang, i lupe kunci grill, i lepak lama kat depan rumah, masa dia lompat pagar takde org taman yg keluar pdhal rumah i kat main road. kiranya PERFECT STRANGER lah.

tapi takde manusia yg sempurna, i pasti Allah akan membalasnya atas segala kepayahan, kesusahan hati, ketraumaan i anak beranak dengan setimpal. i percaya.. (dan juga mengakibatkan i hari ni pegi keja tak de jam tgn, pakai brooch lama tidak sepadan baju, dan feeling anak dara tak pakai cincin langsung..tskkkkk)

semoga Allah sentiasa menyayangi kita semua..

jenayah membawa padah..*tetiba feeling pengacara comel 999*

2 comments:

  1. Ya Allah ana.... aku sangat takut untuk ko & anak2. Bergenang-genang air mata aku membaca citer ko nih. Alhamdulillah semua orang selamat. Pencuri sekarang mmg makin berani. Kalau ada kejadian gitu lagi lari cepat2 selamat budak2 dulu ye. Emas, duit semua boleh carik ganti. Baju aku jual pun boleh beli lain (eh..sempat lak...)

    love u!!! take care

    ReplyDelete
  2. atan:itulah nasib anak2 sume selamat. risau tu. iye baju ko mmg wajibul ghunnah utk dibeli sentiasa. haha

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..