June 3, 2010

PA Terhormat

salam semua..lama tak update. minggu ni agak tenggelam sket. menyelesaikan kerja2 yang perlu..

next wik akan pegi bercuti. so byklah yang nak disetelkan. keje rumah tambah dengan mengemas beg, etc.. jadik double lah tanggungjawabnya..

bercakap pasal tanggungjawab ni, percaya tak seorang ibu/ isteri itu adalah PA (Personal Assistant) kepada sesebuah keluarga. memang tak semua tapi kebanyakannya. contoh anak anda bawak balik Borang Tadika nak kena isi dan hantar pada cikgu nanti. siapakah yang akan mengisi dan meneliti keperluan borang itu dan hantar on time? jawapannya adalah ibu/mama itu jua..

siapakah yang akan fikir anak2 nak pakai baju apa pada setiap hari percutian nanti?

siapakah yang akan fikir nak bawak ubat demam anak kut2 masa bercuti takut demam ke nanti?

siapakah yang akan bawak bekal biskut marie dalam handbag untuk anak2 makan takut kelaparan buat hal pulak nanti?

siapakah yang tahu beras, garam, gula kat dapur dah habis or baju anak2 dah mengecil sila ajak papa pergi shopping baju?

siapa yang beria-ia beli baju raya anak2 dari sekarang? (yang ni agak over..kihkihkih)

JAWAPANNYA ADALAH ANDA/IBU/MAMA/EMAK (ise adakau kah termasuk sekali?)

semalam tengok satu movie kat hallmark, FOR 1 MORE DAY, pasal sorang anak yang dah lost hope cuba bunuh diri, then masa dia koma dia diberi peluang utk bersama dengan arwah ibu dia sehari lagi. masa ibu dia meninggal, dia takde di sisi ibu dia. sanggup pegi main baseball siri dunia yang kononnya impian dr kecil. so dia menyesal yang amat meninggalkan ibu dia pada hari yang ibunya akan meninggal dunia.

ada dialog yang menjeruk rasa dalam filem tu:

1. Kawan ibu dia kata, "anak saya cuma telefon saya seminggu sekali, seolah-olah itu satu TUGAS"

2. Kawan ibu dia kata, "bila ibu bapa semakin tua, anak2 menjadi takut, seolah-olah ibu bapa membawa penyakit berjangkit"

3. Kawan ibu dia kata lagi, "anak yang malu akan ibu bapanya adalah anak yang tidak mengenal erti HIDUP".

ada jua scene2 sedih antaranya:

1. mak dia hantar anak ke kolej hari pertama, so excited nak masuk bilik hostel, anak tak kasi masuk, malu, mak dia cakap nak tolong kemas katil, still anak dia tak kasi.

sebenarnya mak dia nak tengok kat mana anak dia hidup selain dari bilik kat rumah dia. jauh dari pandangan mata dia..

2. mak dia buatkan sandwich, potong tepi roti. anak dia tanya kenapa potong. mak cakap sebab anak dia suka makan begitu. anak dia cakap, "i m not a child anymore".

bab ni agak sedih wei sebab sebagai ibu, kita mesti tau anak yg ni suke makan apa, macamana nak masak makanan kegemaran dia tu. bersediakah kita nak mendengar anak kita cakap, "i'm not a child anymore", dan kita tak lagi diperlukan..

ok..cuba fikir berapa kali kita melukakan PA Terhormat kita iaitu ibu kita sendiri..

dan juga betapa ALLAH telah memuliakan kita dengan memberikan kita peluang menjadi PA Terhormat itu??????

hingga jumpa lagi..

adios amigos

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..