June 21, 2010

murtabak-ekspres


salam semua hai..

actually bersemangat nak tulis entri baru tapi sakit kepala teruk lah sejak pagi..

rasa nak demam pon ada..

so i dah try this murtabak ekspres. sgt suka dapat cuba masak yg lain dr biasa wikend ari tu. resipi ni i dapat dari majalah saji, chef dia adalah Nani Rostam, blog model 80-an, ibu kpd the famous blogger Hanis Zalikha.

tapi tajuk asal dia adalah 'murtabak sarawak'. tp i segan pulak letak title gitu sebab ada follower dr sarawak cik zack zara.. krg dikatanya bukan murtabak sarawak camner.. malu sihhh... dan cara penyediaan jua adalah mengikut kepahaman i yg sediakala blur ni..

Bahan2:

Kulit popia secukupnya
minyak
100 gram daging kisar
3 sudu makan rempah kari daging (bancuh dgn sedikit air)
3 biji bwg merah kecil-kisar
3 biji bawang putih-kisar
1 cm halia-kisar
1 tangkai daun kari (optional)
sepeket kecil rempah tumis (k. kayu manis, bg. lawang, cengkih, pelaga etc-optional)
1 sudu teh lada hitam kisar
4 biji telur
3 biji bwg besar (cincang)
garam

Cara2:

Tumis bahan kisar, rempah dan daun kari hingga garing
Masukkan rempah kari. Kacau hingga garing
Masukkan daging kisar, kacau rata
Masukkan bwg besar cincang
Perasakan dgn garam dan lada hitam
Ketepikan.

Kocak telur letak garam dan dadar nipis (mangkuk telur jgn basuh dahulu)
Potong telur dadar agar saiz lebih kecil dari kulit popia
Ambil sekeping kulit popia, letak potongan telur dadar atasnya
Letak inti yang telah digoreng tadi
Kemudian lipat kulit popia
Lekatkan kulit popia dengan sedikit telur yg dikocak tadi
Goreng hingga kulit masak
Ngapppp time..

P/s: sebenarnya letak telur tu adalah menebalkan lapisan kulit popia jadi cam murtabak ori lah pasar malam tu teehee..

saya suke buat murtabak ni.. famili pun sgt suka makan..

selamat mencuba..

(akan upload later dgn citer penutup SUKMA, moist cupcake denny, nasi bukhari dan ayam merah bile masa mengidjinkan.. bersedia membaca pembebelan saya..but not now..)

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..