June 23, 2010

moist-choc-cupcake


salam.

saya gembira dapat mencuba resipi cup cake denny dari blog Dani Cupcakes ini.

dulu buat cup cake pegi namakan muffin bongok betul. rupanya muffin dan cupcake adalah 2 entiti yang berbeza tahu tak.. kalau nak tahu rujuk blog Kak Hana ada diterangkan dgn lebih lanjut..

resipi ini dicedok dari blog my besfren Denny si engineer yg terer giler buat cupcakes. masa tau dia mula membuat cup cake di johor bahru, i tahu dia akan pergi lebih jauh. cupcake yg dia buat i sukeee sgt sebab tidak comot hiasan dia, kemas, dan yg penting adalah cantik dan kreatif jua..

tanpa berlengah lagi, inilah resipinye..



Bahan2 (untuk 30 acuan alumunium):

A
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula kastor
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair

B
2 cwn tpg gandum
2 sudu teh serbuk penaik

C
250 gram butter
1 1/2 cwn gula kastor
4 butir telur
2 sudu teh esen vanila

Cara2:

A
Satukan koko, gula kastor dan air panas. Panaskan di atas api sederhana. Gaul sehingga berkilat. Sejukkan kemudian masukkan susu cair.

B
Campurkan tepung dan serbuk penaik. Ayak 3 kali. Ketepikan. (proses ini adalah paling getir.. dengan peralatan yang terhad tu dan anak2 yg membesar. dapur menjadi seperti seperti adegan dapur afdlin shauki dan vanidah imran dalam filem Sepi. tahu tak?? tak tahu??.. ok terus baca..)

C
Campur butter dan gula kastor. Pukul sampai kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.

Masukkan A dan B selang seli ke atas C

Isi adunan 3/4 cawan, bakar 170' selama 25-35 minit. (panaskan oven dulu selama 20 minit ye para amatur)

cupcake ini adalah sgt moist. along saya si pemakan gardenia 'Twiggies" cakap masa makan, "mama, kek ni macam Twiggies mama". mama yang kembang2 hidung pun menjawab "yelah Along, betul tu, hebat tak??". dan pernyataan itu disahkan lagi oleh si jejaka di rumah i.. dak adik jua makan dgn gigih (si dia ni semua akan disumbat dalam mulut termasuk batu).

apapun tiada hiasan lah sebab still amatur. biasalah masakan i dgn hiasan dan rupa sederhana tu. dan i guna alumunium cup jer saje try.

Denny i heart u..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..