June 14, 2010

kl-langkawi-kl-SUKMA



salam semua. ehehehe. saya dah balik dah. gumbira dapat cuti panjang. gumbira walopun pergi dekat jer. haha.

wbpun, sila jgn berharap adanya gambar2 menarik. saya pegi dengan keluarga hubby dan tiada sape yg meminati fotografi. hmmmmppphhhh.... so gambar2 yang ada adalah kebanyakan gambar yg disnap oleh saya sendiri, yg biasanya masa anak tido dan camera berada dalam capaian tangan.. waktu lain mata saya pulak berada dalam capaian pinggan mangkuk haji ismail group hehehe..

ohooo.. kami pergi kl dulu.. lepak kl rumah dak amy.. ronda kl. lama tak ronda gitu. so sempena meraikan dak adik yang telah tamat tempoh "chambering" (praktikal peguam) 9 bulan, kami sambut di langkawi ahahaha.. dulu sebelom dia ada kami selalu pi kl. asal ada duit pi ikea, takde duit pun pegi jugak jalan rumah makngah kat puchong (suro mak ngah belanja) ahaha.. so sempena kedewasaan chacha ini, kami bawak dia meronda kl malam2 buta melepas gian papa yg end up dgn sume org tido dalam keta except papa..

then terbang ke langkawi. riso gak dak adik akan menimbulkan masalah global dalam flight ko. tapi nasib baik dia hanya diam dan makan dan makan (makan adalah aktiviti kegemaran mama yg diwarisi dak adik). dan juga bile berjalan di langkawi dak adik mengesahkan testimoni nek sarah (ibu saya) bahawa dak adik jua mewarisi perangai ibu bapa yg kuat berjalan. dia either didokong or duduk dalam stroller sambil makan dan makan jua. adik we love u forever. puas lah mama menilik kedai hj ismail group dan menambah koleksi serba sedikit teeheee..





(adik with pak busu amy)

cuma mama dan papa kena tahan mata malam2 dak adik agak terkejut setiap kali terjaga dari tidur macam terlupa agaknya tgh bercuti pegi feeling tido kat rumah.. apppaaadaa.. dak adik... dah penat swimming malam2 menjerit pulak hahaha..

aiman pula melalui saat happy hour dengan sepupu terkorib dia iaitu dak daniel dan kak tasha. happy gilerrr.. nampak kejap jer pas tu hilang semula..





masa bercuti ni i lepas gian makan sepuas hati especially makan ikan bakar di pantai chenang dan pekena minuman kegemaran i iaitu teh tarik dan teh ais yg terpaksa diharamkan selama ini demi kemaslahatan diameter perut i. so kire belasahlah kat langkawi ni. apapun aktiviti berjalan kaki di langkawi berjaya menstabilkan aktiviti makan berlebihan i tu..

so balik melaka ada SUKMA pulak. so i dengan penuh semangat kesukanan pi stadium hang jebat then tengok sukan renang. aiman excited wei pi stadium pas tu siap tanya boleh ke dia nak berenang sekali kat pusat akuatik tu. apo????? jgn buat pasal nak oii!!!!!





memori stadium ni i last pegi kat bukit jalil masa sukan komanwel dengan cik abun, labu dan labi (awek labu). dan last aku menyokong sukan beria-ia ialah masa kat ukm menyokong pasukan bolasepak fakulti sendiri. gile wei masa tu siap ada lagu sendiri haha.. pas tu sokong kolej sendiri yang memang kolej sukan..

so kepada sesiapa yang berhasrat melawat melaka dan SUKMA ke.. silalah datang. macam saudara Ise, asik kasi hint je nak rasa masakan i. ekeke.. datanglah ise. datang tengok silat ker. saya pun nak tengok tae kwondo jua kalau ada masa. pupuklah semangat kesukanan anda yang pudar itu.. haha..

so kesimpulannya, saya melalui percutian yg indah bersama boipren saya, anak2 dan keluarga mentua yang dikasehi..

sehingga berjumpa lagi..















No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..