June 24, 2010

ayam masak merah + nasi bukhari



salam..

takder apa nak hupdate daa..

saya masak ayam masak merah-my favourite. tapi tak beli sekor ayam. cuma beli peha2 dan kepak2 saje-sebab itu jer kegemaran famili. beli sekor krg rugi sebab lambat nak habis masaknya, nanti lama2 tak sedap lagi ayam tu..

masalahnya beli peha di kedai ayam tu sgt tembam ye peha ayamnya, sebesar peha dak adik. phew.. nasib baik bukan macam peha sendiri. itu namanya anak gajah masak merah. ehehe.. eh dosa tau cakap macam tu. gurau je lah..

ok resipi dia simple jer..

Bahan2:

3 ketul peha ayam
4 ketul kepak ayam @ ayam secukupnyalah
2 biji bwg besar-kisar
4 ulas bwg putih-kisar
1 inci halia-kisar
100 gram cili boh
3 btg serai-ketuk
3 sudu sos tomato/tomato puri
2 sudu sos cili
gula dan garam
kcg peas (optional-utk hiasan)

Cara2:

Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit-goreng dan ketepikan
Tumis bwg2, halia hingga betul2 garing
Kemudian masukkan cili boh-kacau hingga betul2 garing
Masukkan serai, sos-biar serasi (kalau agak kering tambah minyak ye)
Perasakan dgn gula dan garam
Masukkan ayam yg digoreng tadi-kacau serasi
Siapp..



pas tu pakai premix rempah bukhari, masak this nasi bukhari. ada member rekemen this premix, so melihat kpd kekredibilitian org rekemen itu yg mmg terer masak (dan tak suke makan kedai), i try lah. mmg sedap. dari kedah datangnye.. 2 minggu tunggu dia sampai. senang sgt. ingatkan yang lain takkan suka makan, sekali tak cukup. pulak dah...

tapi tak ambik gambar lah rempah tu krg kena saman pulak tetiba advertise. skrg kan musim saman-menyaman berkenaan iklan.. ape pun sape2 nak order sila call i.. *eh yg kau ni tetiba nak berniaga macam chef MK tu apehal?? konon comel ke ko meniaga rempah masakan padahal diri sendiri masak berterabur..hehe..*

apa2 pun, nasi bukhari ini tidaklah berniat menyinggung para penama s.a.bokharey dan para waris yg membaca (abg lela). lela ko boleh beli rempah ni lela tp kalo mak mentua ko yg menjadi tukang masak istana pahang tu dtg rumah jgnlah ko pakai rempah ni. itu ko kena tunjuk skil terpendam ko bagi mewujudkan aroma nasi bokhari yg terunggul.. phewwit.. kalau org lain dtg, boleh pakai rempah ini okes..

actually, i tgk original resipi n bukhari ni di blog kak haniliza, keremehan dia sama tahap dgn nasi tomato.. but less kerjalah pakai rempah ni. jimatlah masa nak beli brg2 rencah dia. dan juga yg asal ada letak ayam dalam nasik tu macam nasi beriani ayam timbus gitu. nantilah later i try..

oklah cukuplah setakat ini. sekian. terima kasih.

ahlan wasahlan walimatul urus *eh

2 comments:

  1. cantiknye ayam itu. rasa macam nak masak nasi tomato pulak. Tapi pemalas skrg ini.

    Nmpknye kita makan baju kurung saja (lawak memerli dari laki aku sbb aku malas masak)

    ReplyDelete
  2. atan:ala perli2 manja sebab tgk isteri jelita glamer di persada peragaan ewahhh

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..