May 3, 2010

the yummiest puding roti



Salam semua. "ni hau ma" yang bermaksud "apa kabar". terer tak. ehehe dengar radio hits fm tau belajar nih. berguna jugak dengar radio kalau tak asik melalak jer dalam keta. hehe..

ok adapun saya sebagai penggemar puding telah mencube puding roti ini malam sabtu. walopun letih gile siang ada birthday party, pas bebudak tidur pukul 8 malam saya telah mula beroperasi. hasilnya hebat. sonang pulak tu. jika anda rasa anda pemalas jgn risau saya adalah dewi kemalasan. tak caya tanya kakak saya. apa yang penting beli barang2 dulu then ada masa cuba k..

Bahan2:

1. 1 buku roti saiz kecil 400 gram
2. 1 tin susu cair
3. 1 tin air
4. 1/2 cawan gula castor
5. 2 sudu besar tepung jagung
6. 1/2 tin buah campuran dalam tin (asingkan air)
7. 2 biji telur

Cara2:

1. Koyakkan roti kepada saiz yang kecil (jgn halus sangat ye). Kalau pakai buah laici ke koyakkan juga kecil2 supaya senang nak dipotong puding tu nanti.
2. Masukkan susu cair dalam roti tadi.
3. Bancuh 1 tin air dengan gula sesudah larut tuang dalam adunan roti. Rasakan manisnya tp jgn manis sgt sebab buah campur tu nanti dah rasa manis dah.
4. Masukkan tepung jagung dan telur.
5. Masukkan buah campuran sahaja tanpa airnya. Kacau adunan sedikit agar sebati.
6. Biar bahan2 direndam selama 1 jam.
7. Masukkan dalam bekas. Saya guna loyang alumunium pakai buang jer senang nak keluarkan nanti.
8. Kalau nak cantik letak buah campur lebih kat atas adunan kasik hias le konon.
9. Bakar pada suhu 180 degree selama 1 jam.
10.Sejukkan dalam peti sejuk.
11.Hidangkan bersama sos caramel atau madu. saya tak prepare sos caramel sebab rasa puding tu dah sedap dah dan tak suke manis2 ni.

P/s: Puding ni senang gile nak membuatnya. rasa dia pulak sedap tau cam moist2 gitu. heheh gumbire dapat buat ni tau. ingat nak bawak balik kg tp tak jadik.

ehh..tak pasan ke..saya dah ada oven la sekarang. tu yang boleh buat puding ni. teheeeeee..bersedialah korang dengan pembakaran2 (terbuka) yang akan saya cuba nati. resipinye mestilah yang tersonang di dunia. dunt worry.

"veni..vedi..vincci"--->>kedai kasut dan sling bag favorite time kat u.

"saya datang..saya lihat..saya takluk" dunia kek dan pastri..teehee perasan ko takluk oven kat rumah ko buleh la...

i luv u guys..and "xie-xie "(mekasih)..

STAY TUNED..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..