May 31, 2010

roti john mini


salam semua..

saya melalui wikend yang sungguh hectic dengan dak adik yang telah officially merangkak = merayap satu rumah. favorite spot dia = toilet. dak adik jua memanjat dari satu perabot ke perabot lain yang tak byk kat rumah kami itu seolah-olah nak belajar bertatih gamaknya. pulak tu bila berjaya panjat sendiri akan buat aksi pusingan 360 darjah dan lepaskan tangan. mama terpaksa jadi security guard sepanjang masa.. adik, bilelah adik nak berumur 11 tahun?? (tetiba emo.. crazy mama)

ok saya prepare this roti john mini for breakfast. sonang jo. bersemangat beli roti tu seplastik besor padahal pakai 2 ketul saje. takpe lah boleh buatkan along hot dog nanti..

roti john mini
(ini untuk 2 ketul roti john mini saje)

Bahan2:
150 gram daging cincang
3 biji bwg merah-hiris dan tumbuk
2 ulas bwg putih-hiris dan tumbuk
1/2 biji bwg besar-hiris
1 sudu kecil serbuk kari daging-bancuh dgn sedikit air
2 biji telur
roti john mini-dibelah 2 tak putus
garam
mayonis dan sos
minyak
butter
timun

Cara2:
1. tumis bebawang sampai garing
2. masukkan daging dan serbuk kari
3. masak sampai kering
4. perasakan dgn garam
5. di mangkuk lain kocakkan telur
5. masukkan daging yang telah digoreng ke dalam telur tadi
6. panaskan butter dalam non stick pan-saya gunakan pan yang muat2 sebuku kecil roti yang telah dibelah 2 tak putus)
7. letakkan bancuhan tadi secukupnya utk roti anda-kalau guna pan besar boleh masak 2 roti sekaligus
8. buka roti yg dah dibelah dan letak di atas telur tadi
9. tak perlu terbalikkan
10. agak2 dah masak then angkat dan letak mayonis, sos, timun sesuka hati..
11. ngappppppp time.....................

nampak macam byk barang dan cara, padahal senang saje. rasa dia terpulanglah kepada tekak masing2 feeling roti john tapi saya rasa macam burger gitu. roti jua rangup kena butter tu.. "krapppp.. kruppp.." (gaya menggambarkan kerangupan roti apabila digigit). over betul.. hehe



(gambar mengerikan.. maafkan saya)

adios amigos..

1 comment:

masa untuk bersuka-ria..