May 10, 2010

my hainanese chicken rice



salam. adapun hari ini tersibuk kalau tak pepagi buta dah menyibuk di sini. wiken sgt mengujakan dengan maraton sambutan hari ibu. semalam dr jam 11 pagi hingga 11 malam menyambut hari ibu dengan kedua-dua ibu sampai anak2 keletihan. makan tak hingat pulak tu sehari suntuk. terus pagi tadi telan jamu sendayu tinggi kengkonon nak kuruskan badan. dtg opis ari ni klien pulak belanja makan pizza macam ada 50 org padahal perut2 comel ada 10 org saje. fuhhh..nasib tak posa hari ni. ahahaha..rezki jgn ditolak mehhhhh..

ok about this hainanese chicken rice ini dah berzaman mengcopy resipinye tapi baru dapat cuba minggu lepas. dari blog kak nur, my little kitchen, saya suke nak try pasal apa2 yang ada sup adalah favorite my hubby..

my hainanese chicken rice

Bahan2 utk stok ayam:

1 ekor ayam
2cm halia-ditumbuk
3 ulas bawang putih-ditumbuk
bawang merah besar-belah 4
daun leek/carrot-potong kecil (2inci)

1.tumis bahan tumbuk kemudian masukkan bawang dan leek/carrot
2.kemudian masukkan air secukupnya.
3.setelah mendidih baru masukkan ayam. ini petua utk hilangkan hanyir ayam. kalau saya akan cuci ngan air limau nipis dulu, bagi kebersihan yang hakiki..dan abadi.
4.stok ni nak letak garam dulu pun boleh atau lepas nasik dan sos cili settle nak adjust ngan garam pun boleh..

Cara penyediaan ayam:

1. ayam direbus dalam air mendidih tadi selama 40 minit (api kecil ok..sebab tu nama dia stok..kalau panas..stock exchange..ehehe)
2. sediakan periuk dengan air sejuk yang cukup dari peti sejuk (tak tipu)
3. angkat ayam tadi dan masukkan dalam air sejuk itu, lepas 5 minit angkat dan toskan.
4. utk hidangan, letak ayam dam pinggan dan letakkan myk bijan dan kicap cair secukupnya.
5. hias dengan timun, tomato etc.

Bahan2 utk nasi:

500 gram beras wangi
4 hiris halia-hiris halus
3 biji bawang putih-hiris halus
sehelai daun pandan-buat ikatan pengakap (simpulan)
3 sudu makan myk jagung
secubit garam

1. Beras dicuci dan toskan
2. masukkan dalam rice cooker halia, bwg putih, garam, daun pandan dan myk jagung
3. masukkan stok ayam tadi macam masak nasi biasa secukupnya
4. gunakan kepakaran terulung anda memasak nasi itu.

Bahan2 utk sos cili

6 biji cili merah
3 hiris halia
3 biji bwg putih
gula dan garam
sesudu kecil myk bijan
air limau secukup rasa
1 cawan stok ayam

1. Kisar cili, halia, bwg putih, gula dan garam dengan stok ayam tadi
2. masukkan minyak bijan dan perah air limau.



P/s: Geng, masak sama cam nasik ayam biasa. cuma dia ada tambahan minyak bijan dan sos cili guna stok ayam. cara penyediaan ayam juga spesel kene rebus ngan air sejuk. tak tau nape, dah org hainan buat gitu cuba jgn degil. saya masa buat tu baca resipi (dgn tulisan doktor tu) byk kali. ayam tak yah goreng ok. so dia lembut dan anak2 buleh gigit especially yang gigi berlobang cam aiman dan iman. hehe. dan juga tak yah nak letih2 nak goreng bagai menambah lemak kat badan.. theheeeee..

Rasa dia, especially sup itu adalah sgt sedap dan keseluruhannya menepati piawaian iso 9001 rumah kami. kalau nak exaggerate lebih, resipi tersedap di wilayah Tianjian, China gitu.. hehe..suke over..aww..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..