May 17, 2010

muffin coklat idaman



(sila maafkan rupanya yang sederhana itu. ingat nak buat topping tapi coklat abis dah)

salam. maaf lah agak bizi. dan letih jua. sejak akhir2 ini telah ditakdirkan begitu. ok last wikend saya dapat buat muffin coklat pertama saya sepanjang 30 tahun hidup di dunia ini. hampeh. sungguh menyedihkan. tapi takpelah. biarkan. better late than never. aww...

muffin ini seperti biasa diambil dari blog terhebat 'to cook or babble' dengan sifu saya, MK (nyanyi sket lagu mentor "bersama berganding bahu, menerajui impian yang satu, janjiku, tunjuk ajarku sifu") teeheee.. over.. bukan lah nak membodek MK tapi resepi dia adalah sgt2 reliable dan mudah dan hasilnya adalah best gitu.. athan i will always love u..

aiman adalah sgt gembira dengan proses membuat kek ini. airis juga sedaya upaya membabitkan diri dengan meninjau ke dalam mixer bersama papanya. meskipun sokongan tidak sepadu sokongan rakyat malaysia ke atas skuad piala thomas, namun mama tetap bertungkus-lumus membuat muffin ini.. berbeza dengan skuad piala thomas yang kecundang, mama telah berjaya membuat muffin ini.. ayat "sukses..sukses.." bergema di pagi ahad itu macam orang dapat straight A dalam SPM. gile sedih ko ni..

ok resipi check blog sifu, type kata kunci "choco cup yang menggembirakan". ia benar2 menggembirakan ok..

pagi ahad sarapan makan muffin tu. feeling omputeh gitu. nanti later saya update pasal pizza sempoi kay. skrg tak sempat membuat pekerjaan kegemaran iaitu menulis aka membebel melalui penulisan.. hehe..

bye..

1 comment:

  1. malu..... ko lah yg paling rajin ikut resepi ajaran sesat main taram aku itu. hihihii...

    pasal ko jugaklah aku terpaksa merajinkan diri masuk dapur masak makanan lain supaya ko ade resipi baru untuk di coba.

    masalahnya...aku semakin malassssss....

    gambate MK!!! hait diana chan (eh..tetiba ckp jopon!

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..