May 26, 2010

kueytiow ala hongkong


resipi kueytiow ala hongkong ini adalah memori saya bersama sahabat saya sedari ratu cupcake Denny. Denny si pembuat cupcake tercomel di johor bahru..

denny ni kawan saya utk bergelak ketawa tentang isu-isu yang sama sejak form 4. isu tidak dapat dinyatakan di sini kerna boleh mengundang padah dan sumpahan tujuh generasi si mangsa2. (den.. i know u r smiling now)

walo bagaimanapun, disebabkan beliau mengsms saje resipi ini, maka saya yang lurus bendul jua menghentam keromo resipi itu.

TETAPI, my along sentiasa melahap mee hongkong denny ini (dia prefer mee kuning) dengan penuh ketaksuban. papa jua suka. ada jua cik denny minta royalti resipi, tapi tidak dilayan..



kueytiow ala hongkong

Bahan2:

1. sepeket kueytiow, bersihkan dan celur
2. udang sederhana 250 gram-kopek kulit
3. 3 ulas bwg putih, hiris dan tumbuk
4. 2 btg fish cake-potong kecil
5. semangkuk kecil chicken ball
6. brokoli secukupnya
7. jagung muda belia secukupnya-hiris
8. 1 kiub pati ayam
9. 1 sudu besar tpg jagung, bancuh dgn 1/2 cwn air
10. carrot secukupnya
11. garam dan gula secukupnya
12. air secukupnya
13. bwg goreng dan lada merah dihiris utk hiasan

Cara2:

1. Tumis bwg putih hingga terbit bau wangi, bukan terbit matahari tau
2. masukkan 1/2 liter air-biar mendidih
3. masukkan udang, kiub ayam, fishcake, chicken ball, carrot, jagung
4. masukkan bancuhan tpg jagung
5. akhir baru masuk brokoli, hirisan lada merah
6. perasakan dgn garam
7. letak gula sedikit dalam 1/2 sudu teh, kata denny ini petua sheila rusli bagi mencantikkan kuah. kak sheila, maafkan saya jika danny berbohong..siakap senohong gelama ikan duri, jgn bercakap bohong kau danny... setelah rasa ia kuah tersedap di daerah anda, maka curahkan ke atas kueytiow tadi
8. hiasi dengan bawang goreng
9. sedia utk ngapppp..

P/s: actually denny akan menggoreng kueytiow dengan telur yang telah dikocak. contoh pecah sebiji telur, ambil kueytiow sesenduk celup dalam telur dan goreng sehingga habis. sila korang cuba. saya tak buat sebab telur habis dan papa jua prefer kosong gitu.

sebab tu nama dia kueytiow ala hongkong kerna tidak disediakan sepenuhnya mengikut resipi denny..

selamat mencuba..

(dalam gambar terlupa ambil udang di dasar periuk.. along hon banyak kali dia dah lapar, si adik jua asik meniarap ke dapur panggil ma..ma..ma..ma.. so terlupa akan udang itu. penat sih kopek udang maghrib2..(gaya kepenatan macam kopek 1 tonne udang..kesadisan yang amat)

tata..

1 comment:

  1. Terlupa aku makanan ni pernah mnjadi feveret aku satu ketika dulu(kerna ia mudah dimasak & dimakan). Tp sejak2 berkenaln ngan Mee Celup(mee org siam katenyer..), segala2 menjadi extra mudah sbb beli je kt warung dekat ngan umah..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..