May 18, 2010

impian sengal

salam. ok terus cerita. semalam lambat pegi court. biasalah lambat tu. sampai pak guard court pun tanya minggu lepas, "eh kenapa selalu lambat sekarang?". dan soalan tu pun dijawab, "uncle, saya ada baby lah, so lambat pagi-pagi" (alasan tetiba membabitkan airis). dan uncle tu menjawab, "ooooohhhhhh..". macam baru paham lagaknya, selama ni dok mengutuk aku dalam hati le tu.. tp yelah since ada si bebot itu selalu lambat, dulu masa aiman sorg 8:30 dah sampai ok. sekarang bile nak keluar botol-botol tak berbasuh, so i rela basuh botol dan sampai lambat dari biar botol susu anak i tak suci gitu. mithali tak..teehee..

kawan2. sekiranya kes pukul 9 dan anda sampai di court pukul 8:30 pun parking sudah penuh. apetah lagi saya yang sampai di pagar court tepat jam 9 pagi. kalau court penuh kena parking di parking jusco sebelah court yg kena buat u turn tak pasal2 kemain jauh lagi ada 2 traffic lights kena tempuh, or parking kat belakang mahkamah yg jarak dan laluannya umpama sesi merentas desa. dengan keadaan geografi yang langsung tak membantu (berbukit-bukau) serta kot dan fail kat tangan, bukanlah satu perkara yg mudah bagi si tembam seperti saya..teehee..

ok..so dalam kelewatan yang terunggul smlm itu, saya berangan utk mengusulkan kpd mahkamah yang mulia supaya waktu mahkamah bersidang ditunda ke pukul 10 pagi bagi memberi laluan kepada ibu dan bapa seperti saya. saya rasa itulah cadangan termantap yang akan saya cadangkan dan pasti akan disokong oleh para ibu bapa yang lain termasuk hakim yang bersidang jua.

ok apa. dari saya mencadangkan agar persidangan dibuat secara siber, so oklah kan..saya gembira dengan cadangan itu sambil tersenyum2 dalam kereta..

tapi apabila sampai di pintu mahkamah jam 9:10, saya TERKESIMA:

"PENGUMUMAN, BERMULA 1 JULAI, 2010, MAHKAMAH DI SELURUH MALAYSIA AKAN MULA BERSIDANG JAM 8:30 PAGI. HARAP MAKLUM."

Hampes. penat aku berangan. oklah then i opt for persidangan secara siberlah..agak ngeri jua secara siber pukul 8:30 online dari dapur sambil basuh botol. teehee..

dan jika online dr rumah boleh pakai seperti ini..awning jugakkan insteadt of the regular tudung awning.. lebih natural gitu..



(bebot mama will always love u)

para peguam sila tangisi nasib diri sekarang jua..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..