May 5, 2010

hati seorang peguam



(gambar hari pertama jadi peguam 10/4/2003. mak baru lepas kena stroke. ayah baru lepas nangis pasal dalam ucapan aku ada sebut "terima kasih kpd kedua ibu bapa kerana tanpa mereka saya tidak akan berada di sini pada hari ini". so aku ikut perangai bapak aku emo sokmo).

wah..wah lama dah tak bersajak. cuba try test eh..

-hati seorang peguam-
(in loving memory of puan jenab)

hati seorang peguam
tiap hari hati menggumam
kenapalah klien ni macam nak kena lempang
dah terangkan 13 kali tak paham-paham..

hati seorang peguam
dapat klien baik rasa cam nak sedekah pisang
dapat pulak yang belanja makan kadang-kadang
indah dunia, file jalan smooth je tak menyusahkan orang

hati seorang peguam
tetiba dapat klien si sengal
dah diterangkan dia lagi pandai
siap dia boleh cakap "puan dengar ni baik-baik puan"
wah cam pembunuh upahan
nasib le kau jadi peguam

hati seorang peguam
pegi court kemain smart
padahal kena tunggu berjam2 sampai muke ketat
perut menjerit tunggu hakim hebat

hati seorang peguam
tak selama terseksa jadi peguam
aku ni kalau menang kes senyum sampai malam
iyelah bukan kes bunuh pun kes2 banking pun pencapaian gak kan..
("jangan jeles"..adibah noor iklan libresse)


hati seorang peguam
keje apa pun sama ada masa muram
yang penting ko suke
orang lain usah dihiraukan

hati seorang peguam
checking document sampai mata rabun
baca satu-satu setiap helai, kertas selai2 kena selak
kalau fail nipis oklah
kalau fail tebal 8 buku teks dan problem
masa tu rasa nak jadik tukang masak kantin sekolah

hati seorang peguam
aku rasa aku akan forever jadik peguam
sebab freedom keje dan blogging sume
keje peguam pun best apa

hati seorang peguam
biasa dapat komen orang benci peguam
eh korang ingat keji sangatke
sape tak bayar hutang memang le kena saman
tapi kita pun tolong mana yang patut
secara senyap-senyap gitu
yelah kalau org tua baya bapak kau kena saman
baik dan bersopan pulak tu (ciri2 penting nak peguam tolong)
mestile nak tolong kan
peguam pun ada hati dan perasaan

hati seorang peguam
kepada klien lorat nama jenab tadi
woi dunia ni berpusing
janganlah nak menyalahkan orang je
besok ko keje ko pun kene marah ngan klien kau
harap-harap..(pada muka kau)

hati seorang peguam
jangan sekali-kali berkasar ngan peguam
pasal mulut kami ni dinsurankan oleh majlis peguam
alkesahnye hati seorang peguam..

p/s: hebat tak..eheheh (peguam juga biasanye perasan..)

1 comment:

  1. peguam bicaranya berduri. taknak ah kawin dengan pompuan yang kerja peguam. puiii

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..