May 20, 2010

the good old days

hehe.. hari ni berjaya.. setelah setahun setengah lamanya tertangguh..

saya BERJAYA mendaftarkan aiman darjah 1 pada hari ini. dah bercita2 dari bulan 1 tahun 2009 (tahun lepas tu tahu tak !!!) tetapi gagal/ mencari alasan suruh papa pegi daftar/ buat2 lupe nak keluarkan surat beranak dari beg james bond itu.. nasib sempat lagi sebab dah ramai daftar. gile apa sekolah 100 meter dari rumah karang dah penuh tak pasal2 kena pi sekolah lain yang lebih jauh. "alhamdulillah syukur nikmat, kepada tuhan yang memberi rahmat, yahoo..yahoo..yahoo" (ingat tak time sekolah rendah ada lagu ni pas tu ada patung bunga menyanyi2 tu)..pada yang sek rendah sama dekad le, kalau tak kengkonon korang muda le tu..hampes..

ok..masuk sekolah tu tadi nampak pulak ada budak lelaki main2 kat luar kelas. aku bajet dah aiman cenggitu le time sekolah nanti. then lalu kat kelas pulak nampak kerusi kecik dan meja kecik sambil cikgu ajar macam mengimbas memori lama pulak. naik tangga dengan dinding penuh mural dan tampal2 macam comel pulak. then masuk bilik pejabat tengok guru2 macam best pulak..

sebak juga memikirkan anak bujang kita dah besar. dah nak melalui zaman kita sekolah dulu. zaman penuh kegembiraan tu. seronok wei sekolah rendah rehat jer main getah, batu seremban, teng teng, makan nasik lemak 20 sen dan air sirap 5 sen, kena ketuk dengan pembaris kuning salah kira bijik saga merah tu (aku si bengap maths), naik bas sekolah wei best tau. kawan2 pun kejap kita geng dia, tak geng orang tu. heheh. pas tu ada pemeriksaan gigi le. pas tu balik sekolah pi ngaji kat rumah nek jariah lalu kat sawah dengan tudung cikgu bedah tu. teehee..macam gembira zaman itu kan. walopun masa tu serius takde duit dan membesar kat kampung jer. tapi best dan happy..

heheh rasanya setiap masa lampau kita akan jadi the good old days juga. hari ni juga akan jadi salah satu hari the good old days. kita mesti rindu keadaan hari ini di masa depan nanti. rindu pasal diri kita sendiri, anak2 yang kecik lagi, mak bapak ada lagi, kawan2 yang menemani.. dan semuanya. tak percaya?? we'll see..

adios..

2 comments:

  1. owh..diana, i miss u!!! rindu nak main cak-cak dari tepi dinding bilik

    rindu nak jerit2 kat toilet

    rindu nak joget2 atas katil nyanyi lagu dangdut

    rindu lari sama-sama gi DS

    rindu ngumpat

    kalau aku gi melaka i'll make sure to call u ok. rindu tak tertanggung sudah ini. dpt jumpa kiss2 pipi kejap pun jadi lah...

    ReplyDelete
  2. atan..aku mmg selalu rindu kat kau..dpt tgk gambar2 kau cam bahagia jer..hehe..betapa masa memisahkan kita..

    betul aku kat sekolah lebih kepada bergumbira, menyiram air nila kpd yg sambut besdei lah, best tu berebut makan ke DS lah..

    hiks..sedih betul lah..dah tua kite athan

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..