May 12, 2010

bananateabread yang terbest di dunia


(perasan tak pinggan tu bentuk pisang..bersemangat beli tu dr zaman takde oven sebagai galakan utk membuat kek ini..teehee..)

salam. agak menyepi di sini kerna melalui hari2 yang menyemakkan otak. semak itu takrifan apabila hari2 kena pegi court (pukul 9 dah terpacak kat court), tidak boleh ber'jumba-jumba' sebab kena study case dan kena pergi marketing. OMG i really hate marketing..gile bosan ni krg tak pasal2 terbuat sajak lagi karang..

ok..sume itu sudah menjadi sejarah buat minggu ini. actually ada beberapa resipi yang dicuba tapi hasil agak gagal/ or tak cantik/or menyampah nak upload. antaranya puding trifle, rasa ok tp rupa hodoh amat. pegi memandai tukar bekas besar padan muka. kek coklat moist pakai premix flour sumpah tak sedap. cuba carik masa utk copy resipi kek coklat MK nanti..

ok merapu lagi..bananateabread itu ialah kek pisanglah..saje kasik glamer sket. rupa mmg tak sglamer mana tp pas siap tu, saya telah menghabiskan separuh kek tu. gile patutle ko gemuk.. tidak..saya bukan kelaparan seperti rakyat congo ketika itu, tapi, aroma kek pisang itu sgt menyayat hati yg begitu sedap sekali masa bakar tu wangi satu rumah terkepoh asik2 tengok kat dalam oven.. hisshh..tak taule cemana nak describe kesedapannya itu. hubby dan anak2 pun makan jua dgn gigih..gembira airis juga boleh makan kali ini..

(resipi ini telah disalin berzaman lamanya)

Bahan2:

4-5 biji pisang
1 1/2 cawan tpg gandum
1/4 cawan tpg jagung
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat/baking powder
1 cawan gula (saya guna caster-kalau tak nak manis letak 3/4)
3/4 cawan myk masak
3 biji telur ayam
secubit garam..bukan sepelempang ok
1/2 sudu esen vanila

Cara:

1.Panaskan oven 180 degree api atas bawah.
2.Pukul telur dan gula sampai kembang
3.Masukkan pisang yang dah dipotong nipis-nipis (1/2 biji untuk hiasan)
4.Kacau semua hingga mesra
5.Lenyek mana yang berkenaan
6.Masukkan tepung gandum-kacau
7.Masukkan tepung jagung-kacau
8.Masukkan soda bikarbonat-kacau
9.Masukkan garam dan esen vanila-kacau
10.Masukkan minyak
11.Rasa2 cam dah lenguh tu dan dapat hidayah rasa cam dah boleh bakar kek tu, gris loyang dengan minyak atau butter
12.Tuang adunan dalam loyang
13.Potong pisang lebih nipis2 dan letak di atas adunan kasik hias le sikit..
14.Bakar 45-60 minit.
15.Siap utk dihidang.



(actually saya telah meramas pisang tu sebelum masukkan so nampak le ada yg tak hancur tu. dasar pemalas dan tiada skil. hehe.. nanti le lain kali guna mixer ke..kali ni guna whisk saje..)

resipi diadaptasikan dr blog wanita anggun, "to cook or babble".

tata..

1 comment:

  1. kikikik tahniah!!! bangga aku ko asik le masuk dapor. aku ni bilo lagi nak masuk balik

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..