May 24, 2010

kononnya ayam black pepper





salam semua. salam isnin petang. salam hujan dan kelaparan. hehe. resipi kali ini adalah berusurkan ke'black pepperan' iaitu satu unsur yg sangat saya gemari. ya tak kiralah prosperity burger mcdonald, apa2 jua yg berunsurkan black pepper ini sgt saya dambakan..




ayam black pepper

Bahan2:

1. Sepiring sederhana besar isi ayam/ potong kecil
2. 3 biji bwg merah/ tumbuk
3. 2 ulas bwg putih/ tumbuk
4. 1 cm halia/ tumbuk
5. 2 dahan brokoli
6. 2 biji tomato belah 4 (saya suke cherry tomato)
7. 1 biji capsicum/ potong kecil
8. 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)/ serbuk pun ok
9. 1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
10. sesudu besar kicap pekat
11. sesudu besar sos tiram
12. minyak dan garam secukupnya

Cara2:

1. Tumis bawang dan halia sampai garing ye
2. Masukkan isi ayam
3. Bila ayam dah setengah masak, baru masukkan brokoli- biar ayam dan brokoli lembut
4. masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam-biar seketika
5. kemudian baru masukkan tomato dan capsicum-biar seketika
6. perasakan dgn garam.

ok masak ni senang je lepas 20 minit siap.

pastikan barang2 telah siap dalam peti sejuk. bila cik kerajinan menyapa (chewwah) terus masak.

jgn maso tu lah nak beli ayam, nak pi pasar beli sayur maka akan mengambil masa penyediaan 12 jam gitu..

brokoli terkecut akibat tugas2 multi tasking di rumah.. maafkan dia. rasa sedap tau.. papa tanpa ditanya dengan sukarela cakap "sedap mama masak ni.. sayur pun sedap".. (yelah nampak sgt ko tanya 10x setiap kali masak sedap ke tidak..ehehe). along pun makan jua sebab tak pedas. masakan ni macam saya le.. tak lawa tapi manis.. eh tetiba.. hahaha....

sekian..

P/s: sedari chef MK telah menggalakkan utk mengepos entri ini eventho rupe agak huduh.. belajar melalui pengalaman gitu..

kredit kepada tuan tanah resipi: blog kak haniliza

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..