April 19, 2010

story from my kitchen

salam. apa kabar kalian. wah tetiba guna kalian macam ramai pulak baca blog ni. agak meriah di ruang permesejan blog dengan mesej berunsur pujian tp aku tahu lebih kepada kutukan dan kemain bersuke ria korang ye. konon nak buat aku kembang lah tu. walo apa pun. mekasihlah sebab sudi melawat ke rumah maya dak diana nih. kekeke.

ok dipendekkan cerita, minggu lepas agak kurang program masak sebab byk ganti posa. cuma ada cuti melaka bersejarah so adalah masa sket. so inilah hasilnya..

jeli merah berlongan



jeli merah berlongan ni buat banyak letak dalam peti sejuk. asal lapar je sambar. suke sebab macam meriah pulak peti sejuk ada makanan sekarang. kekeke..

jeli bandung berbuah campur



senang sgt buat ni.

1. beli serbuk agar2 segera warna merah 10 gram
2. gunakan kemahiran tadika membaca arahan di belakang pek agar2
3. dengar cakap cikgu ikut arahan belakang pek.
4. bila agar2 mendidih tutup api.
5. baru masukkan susu cair. agak2 le jgn byk sgt.
6. masukkan dalam jelly mould kegemaran yg telah diletak buah campur.
7. sejukkan

p/s: jgn masukkan susu cair masa api terbuka. susu cair adalah evaporated creamer yg org bese buat air batu campur tu. dulu bongok tanya chef MK masa nak buat nasik tomato. memoritas betul.

puding cendol



puding cendol ini dah dialter dr resipi asal. cuba buat tak manis sebab memang tak suke manis sebab muka memang dah manis eh..bukan..sebab nak bawak balik kampung. resipi dia dari blog chef hanieliza yang berasal dari negri anak gadis berwajah molek manih gitu.

Bahan:

1. 10 gram serbuk agar2 segera kaler jernih
2. 4 cawan air (tambah kalau nak buat lebih)
3. 1 cawan gula (kurangkan kalau tak nak manis sgt)
4. 1 cawan susu cair
5. 2 cawan cendul
6. 1 cawan gula merah. (kurangkan kalau tak nak manis sgt)

Cara2:

1. Rebus agar2 dan air dan gula hingga mendidih
2. Bahagikan pada 2 bahagian
3. Satu bahagian dipanaskan dengan gula merah dan biar mendidih
4. Masukkan sedikit ke dalam acuan dan biar keras sikit je, kalau tak susah melekat nanti.
5. Satu bahagian lain masukkan susu cair dan cendol.
6. Kacau rata dan tuang perlahan-lahan atas adunan gula merah dan sejukkan.

p/s: bahagian gula merah tu akan menjadi sgt manis sebab ada gula jugak kan. so saya dah alter tp tak ingat sukatannye dah so pokok pangkalnya rasa ikut tekak senirik la. kalu tambah air secawan dua pun ok. takde masalah pun. jeli tu kena serve dalam bekas sebab dia lembek dan berair akibat air cendol itu. sedap tau makan sejuk-sejuk.

puding cinta hati



tetiba letak nama makanan gitu. keh..keh..keh..senang ni masak agar2 pas tu letak fruit cocktail dalam bekas. then tuang agar2 merah yang dah dimasak.

puding caramel untuk ayah



dulu makan ni 1st time disediakan oleh chef suria marlina dari kedah masa berkunjung ke kediaman beliau di puchong. best. dah lama aim resipi ini dr blog chef de kintan tp tunggu balik kg baru buat sebab kat rumah seniri takut tak habis pulak. agak sedih menggunakan pengukus tandus di rumah menjadikan masa mengukus dari setengah jam kepada sejam. keh3x. rupe pun cam tak cantik pulak tu. ada ke cikgu ali masa makan tanya ini beli ke buat ni. ehem.. mentang2 le saya ni pemalas jgn le terus ingat puding beli okes. ayah memberikan maklum balas +ve so pas ni boleh buat lagi lah sebab ada orang suke makan..

resipi: check it out blog 'to cook or babble'

rendang pedas daging takde lengkuas



adalah menyedihkan rendang ini tanpa lengkuas. tp rasa dia ok takdelah pelik ke apa. unsur2 rendang itu tetap jelas.

bahan:

1. daging 400 gram
2. 6 biji bawang putih-kisar
3. 6 ulas bawang merah-kisar
4. 3 batang serai-mayang dan kisar
5. 1cm halia-kisar
6. 1cm lengkuas-kisar
7. 20 tangkai cili kering/ 5 sudu besar lada mesin (lebih pun boleh)
8. 120 gram kerisik
9. 1 helai daun kunyit-mayang halus
10. santan pekat 1 biji kelapa
11. 1 inci kunyit hidup-kisar
12. 5 biji cili api-kisar (lebih silakan)

cara masak:

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. masukkan daging dan santan. Biar mendidih dan kuah menjadi pekat.
3. Tabur daun kunyit dan masukkan kerisik. gaul rata.
4. perasakan dengan garam.

asam pedas daging



asam pedas ini rasanya ok tapi kering tak berkuah sebab tangan kiri pegang alisha sambil memasak tu. so jadilah ia macam rendang ghope dia tu. ekeke.

Bahan:

1. 1 kg daging - hiris
2. 3cm lengkuas - hiris
3. 20 biji cili kering - kisar
4. 4 biji bawang merah - kisar
5. 5 ulas bawang putih - kisar
6. 2 sudu makan kelapa parut
7. 1 sudu makan halba
8. 1 liter air
9. 4 helai daun limau purut
10. 1 keping asam
11. garam dan minyak

1. tumis halba hingga harum
2. masukkan cili dan bawang kisar hingga garing
3. masukkan air, daging, asam keping, daun, lengkuas hingga empuk.
4. masukkan kerisik
5. perasakan dengan garam.

sekian. bye.

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..