April 26, 2010

sotong goreng asam ooh..la..la..

salamelekum sume. pagi ni rasa sungguh lega cik airis telah sembuh kecuali selsema dia tu. adalah kami iaitu ibu bapa airis sgt bengong tak tau rupanye dia kena demam campak. campak dia iaitu ruam merah tu mula keluar ari sabtu so sibuk sgt pi klinik lagi pdhal mak mentua da cakap itu adalah campak saje. degil tul. bukan degil tp nakkan kepastian aje. skrg dah le ada mcm2 penyakit yg babitkan kanak2. nyamuk aedes juga jahat (ke manusia yg jahat). lega bila dokter kata nothing serious cuma dia rasa miang sebab tu meragam sket. maka setelah lega maka operasi menyelak buku resipi hikmat pun bermula. heheh..

tp masakan simple je lah. jgn harap lah siakap 36 rasa atau nasi goreng mexico ke. belum sampai masanya. segala resipi yg lebih kompleks ada disimpan tp tak sempat lak nak mencobanye..nx project..

sotong goreng asam ooh..la..la



ok sgt takde idea nak merepek terus citerlah. sotong ni mak saya sedekahkan masa balik kg mggu lepas. kalau balik dr kg keta adalah penuh dgn pelbagai barang masakan dan makanan. lama tul dia terperap dlm frezer. tp bosan asek masak sambal sotong maka try lah resipi ini. dia jadi best pulak. (biasale kau kan selalu perasan) ekekeke..

Bahan:

1. 300g sotong-potong lebar sikit
2. 2 ulas bwg merah-ditumbuk
3. 1 ulas bwg putih-ditumbuk
4. 1cm halia-ditumbuk
5. 1 sudu kecil jintan manis
6. 1 sudu kecil jintan putih
7. satu sudu kecil serbuk lada hitam
8. setangkai daun kari
9. air asam jawa secukupnya
10.lada merah 2 biji dihiris
11.tomato 1 biji belah 4
12.cili api 5 biji dipotong atau ditumbuk (tambah kalau nak lebih pedas)
13. minyak, garam

a. Tumis bahan tumbuk hingga wangi
b. masukkan daun kari, jintan2 dan serbuk lada hitam. kacau hingga naik minyak
c. masukkan air asam, sotong, garam, lada merah, cili api dan biar mendidih
d. masukkan tomato
d. perasakan dengan garam

p/s: mula2 ingat ini adalah cam pindang. tp ada additional daun kari rasa dia macam best pulak. ada pedas sikit cili api tp aiman tak perasan dan dia balun juge. bagus. makan pulak tengah lapar gile dengan nasik panas dan telur goreng letak kicap masin. fuhh..nak meleleh air liur taip ni. best..best..

ape bosan sgt entri ni. actually kat dlm kepada ni ada macam2 list yang tak tertaip di sini. antaranya agenda nak membeli oven idaman. mahal pulak. emm rajin ke masak mcm2 kalo dibeli oven tu. hmm.. pikir dulu. ada resipi lain gak tp malas nak taip. pemalas tul..bye see ya.

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..