April 27, 2010

Simple but Reliable: Pankek Kelapa

Salam. sangat gatal tgn jika tidak upload new entri ketika idea bergenang2 di dalam otak. ha walau takde masa maka mencuri masa gak tu.



ok resipi seterusnya adalah penkek kelapa. kan ke senang ko tulis lempeng, malukah???oh tidak, tetapi memang asal tajuk resipi adalah begitu. cover line nampak!! hihi

Pankek Kelapa

Bahan:

1. 1 cawan tepung naik sendiri aka tepung perasan
2. 1/3 cawan gula kastor
3. 1/4 cawan air
4. 1 biji telur
4. 1 sudu besar kelapa kering
5. sedikit minyak masak
6. 1 kotak santan segera 200 ml/susu cair/santan biase pun boleh

Cara:

1. Campur tepung, gula, santan, air dan telur
2. Aduk beberapa ketika sehingga adunan rata dan masukkan kelapa kering
3. Panaskan kuali (guna kuali rata) dengan api sederhana dan letak minyak masak sedikit. Tuangkan adunan dan biar sedikit masak baru diterbalikkan.
4. Angkat bila kekuningan dan hidangkan.

Tips: kalau nak penkek yang lembut, guna api sederhana panas dan juga air suam. kalau buat cucur bilis ke pun, letak telur sebiji dan letak air suam juga. penkek or cucur akan jadi lembut dan moist.

P/s: Penkek ini memang ok dan tak manis sgt pun. sangat mudah yet mengonyangkan. boleh dimakan begitu sahaja or kalau rasa nak cecah sambal pun boleh. saya makan cecah sos (sebab malas nak buat sambal) dan next time nak buat lagi tapi kurangkan gula dan cecah sambal udang ka. heheh..

see ya again..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..