April 26, 2010

my eggless kek batik recipe

hai. update lagi. actually lama dah nak try buat kek batik ni. dulu masa kecik kak wati ada buat sekali pas tu sedari sheripah norlaila pun ada buat masa dtg melaka taun lepas. tp masa tu jadik mak buyong (or dugong???) maka kononnye jaga makan tp yg sebenonya letih gile masa malam bbq tu. yg menjadikan sempat menjamah sikit jer kek kak pah ituzz..apa2 pun memori kak pah yg walau mendugong sanggup ke duyong membawa si syed dalam buyong bersama kek batik sgt dihargai. sodap kek kak pah. betuah syed amin. eheheh..abun bukan ko suke ke makan kek ini? sile buat sendiri jgn suruh kak pah lagi (gembira dapat marah chef abun berkenaan kulinari sekali sekala)..ekekek



ok resipi dia saya tak letak telur sebab terbaca di 'blog resipi' dia buat tak letak telur pun. lagi satu korang kalau ada masa free cam saya sile tgk 'blog resipi' tu, dia ambik gambar masakan dia cantik sgt mcm kita pun berangan nak amik gambar makanan cantik2 gitu. tu yang selalu teruja pikir cemana nak hias makanan walopun tetap buruks (:P) dan sekarang mengelak dr beli majalah saji ke sedap ke memandangkan buku resipi kat rumah pun tak habis try, lagi nak membeli lagi??? lupekan

okey..mula sekrg

my eggless kek batik recipe

bahan:

1. 200 gram biskut marie or mariah carey nama melayu mariah karim..patah empat
2. 100 gram butter
3. 1 cawan milo
4. 1/2 cawan susu pekat manis
5. 1/2 cawan air
(kalau suke kacang buleh letak 80gram kacang pistachio, 80 gram badam bakar, 80 gram walnut bakar-saya nak letak tp carik kat mini market tak jumpa)

a. panaskan kuali dan cairkan butter
b. setelah cair masukkan susu dan gaul sebentar
c. masukkan milo
d. jgn berhenti kacau hingga adunan rata. kacau hingga pekat
e. masukkan biskut mariah carey-jgn lama sgt krg hancur pulak biskut tu
f. kacau sebati dan masukkan dalam bekas. tekan2 kasik padat. jgn lah kuat sgt sampai keluar muscle telur kat tangan..ibarat menarik rambut dr tepung..yang kau masak sampai masuk rambut dlm tepung apehal?? ok diam..
-guna loyang kertas detachable supaya mudah keluarkan bila keras. saya beli loyang kerajang (tetiba guna kerajang..alumunium ok) 3 keping RM3-90 je. resipi ni untuk 1 acuan jer. sesuai utk famili kecil dan perut2 besar yg tak ingin membesar bagai johan lagi. kalau letak dlm bekas pun boleh cuma seksa nak memotongnyer.
g. sejukkan dalam peti sejuk.
h. pas tu keluarkan le. kalau pakai loyang tu koyakkan je. senang kan. cantik tak bentuk dia kat atas tu? ehehehe

p/s: resipi ni senang sangat. buat malam2 bile anak2 dah tido. kalau suke manis tambahkan susu pekat manis tu jer. tp rasa dia dah ok tu. rupanya ini adalah antara dessert kesukaan hubby, kenangan bersama arwah neneknya. arwah 'mak' adalah seorang tukang masak yang hebat. rasa diri kerdil but at least i tried. selamat mencuba ya.

love blooms in your happy kitchen..

No comments:

Post a Comment

masa untuk bersuka-ria..