April 12, 2010

masak-masak. it's playtime..

salamelekum. wah saya melalui minggu lepas yang sangat gumbire. gumbire tau. pasal keje, opis dan personal life. hepi. ye lah hidup ada turun naik kan. kalu dah pening tiba lah time gumbire pulak. hepi (berapa kali kau nak taip hepi ni?) ok..ok..kerna kehepian itu, saya menterjemahkannya ke acara masak-memasak. kekeke. main masak2 time kecik2 dulu ingat tak. best kan..

err..kepada para pakar masakan..skip this entry daa. agak malu ok. seperti chef de suria marlina pakar masakan dari kedah; shahlawati ali, dewi sambal masjid tanah; afidah de mongun yg hafal resipi dr dalam perut ibu; chef de Kintan from rancangan realiti memasak "meet the Kintans"; dan tak lupe Chef Isteri Mithali de Zuhaileen, pakar masakan nogori sombilan.. nak tengok boleh, tapi jgn buat muka herot sambil mengumpat di dalam hati, "ek eleh, itu pun nak tunjuk ke". (eh suke hati org lah, dengki, busuk hati..ekekek). saje suke2 masak nih, kasik aiman hepi tengok hias2 tuh. dapat pula ada pihak2 memuji gambo masakan, apa lagi kembang sekembang2nya lah..wakaka..

ketupat nasi dan sambal udang


ketupat ni adalah permintaan aiman sejak 2 minggu lepas. kasi cecah best tau masa sarapan.

sardine rock and roll


sardin roll senang banget ya. bagi si pemalas seperti saya wah enteng sekali. ambik roti gebu, amik sambal sardin, lenyekkan ikan sardin dan tepek pada roti. kemudian gulung roti dengan cekap. penyekkan sket before goreng takut dia terbukak. yelah kite bukan pandai gulung cam kek swiss roll gitu. then celup dalam telur. actually lebih cantik saluti dengan serbuk roti or bread crumb gitu mengikut resipi. tp aku bengong nak beli serbuk roti tak jumpa. sambung, goreng dalam kuali non stick. goreng dgn lemah lembut ok. takut terbarai roti tu. kekanak riang suke tau. makan masa sarapan sgt best dgn nescafe panas..

ayam masak serai


ayam masak serai adalah sebenonya macam masak sambal ayam biasa. letak asam keping bukan air asam jawa. cuma resipi dia adalah tambahkan serai yang diketuk sampai hancur kepala dia tu. tak yah lah nak lemah lembut ketuk macam insan osteoperosis gitu. goreng yang tergaring sekali sampai serai kecut dan kita menjadi kecut perut. (jadikah ayam serai aku ini??) wangi satu rumah. tp serai aku tak sempat kecut. lapau. ingat nak simpan buat sahur ari ni tetapi papa kenen abiskan 2 ketul tu. sedap le tu. ekeke..

mi hailam dak atan yg tersedap di dunia


mi resipi MK ini adalah sgt disukai. tak yah tambah garam gule dah sedap dah. perah pulak air limau. fuhhh..tp aku selalu bengong masak mi 500 gram, padahal resipi dia mi 300 gram tu. yang menjadikan mi itu tak cukup kuah. apa pun mi 500 gram itu licin. apa yang penting??? kerjasama..kerjasama..

kari ayam penasaran


tetiba namakan penasaran tu pe hal. takder sajer je. kari is my hubby's favourite.

jeli longan dan carebears


suke dapat masak jeli okes. letak longan dia keras sikit dr laici. pas tu ada bentuk bear seperti di bawah. di muka bear letak cebisan longan. ini adalah hadiah utk aiman kerna buat homework dgn cekap..



i'm the care bear..hehe..

"yang penting kita..HAPPY" (kengkonon comel nyanyi lagu amy mastura)

2 comments:

  1. woish, dasat giler skill masakan skrg-ni yg aku jeles apasal tak letak "nomah pakar masakan 1malaysia (maksudnye suma negeri & suma kaum aku pakar) tunggu kepakaran aku memasak, lps aku study camne nak guna "dapur" aku nik-hik3x

    jeles-jeles

    lela : bila ko nak masuk charta, "lela, pakar masakan istana pahang"?

    ReplyDelete
  2. norm:iye aku akan letak nama kau setelah cik rubine berkuatkuasa iaitu pakar masakan dr parit jamal abdillah specialize in tempe..laila adalah seperti iklan rempah adabi..tetapi dengan sedikit modifikasi..iaitu resipi oleh menantu tukang masak istana pahang..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..