April 28, 2010

ayam goreng berempah serai

salam. ari ni takde court so melilau awal sikit kat sini. so tanpa berlengah lagi saya mengetengahkan di sini resipi yang dicedok dr blog kak hanieliza. err.. kalau nak masak ni kena sediakan awal2 ya kerna ia melibatkan pemerapan. saya ahad lepas perap pukul 1 tengahari makannye pukul 8 malam. sume dah menganga nak makan lapar gile. kalo nak tahu resipi blog kak hanieliza itu memang sgt mudah nak masak even dia adalah penulis buku masakan dan rasa pun best..



ayam goreng berempah serai

Bahan:

1. 1 ekor ayam
2. 3 sudu besar rempah daging
3. 3 sudu besar cili mesin
4. 1 sudu besar serbuk kunyit
5. 3 sudu besar tepung goreng ayam (saya guna tepung goreng ayam adabi)
6. 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 6 inci halia (dimesin halus)
7. 3 batang serai (dimesin sekali)
8. garam kalau nak letak pak hajinomoto ke, pasti sedap ke, gula sket ke, terpulang le..janji hepi

Caranya sonang jo:

a. gaul semua bahan dan perap beberapa jam.
b. goreng dengan minyak banyak sehingga agak kering
c. angkat dan hidangkan

p/s: saya nyer ayam ni tak sempat goreng sampai agak kering kerna bau gorengan sudah menusuk seisi rumah dan sume org dah lapar gilos. rasa sedap dan aiman the picky eater itu pun makan tanpa ragu2. sesuai untuk seisi keluarga gitu.

never say die before you try (tiba-tiba) maksudnye saya dulu kalau tgk resipi pelik sikit rasa cam takut nak baca pun (asek skip jer) tapi kalau kebanyakan barang2 masakan dah ada kat dapur rasa semangat pulak nak cuba. jgn risau famili kita kan ada nak suh rasa2 tu. heheh..

2 comments:

  1. assalamualaikum wbh...dlm keletihan sbb baru balik dari bengkel Sekolah Bestari kay Grand Continental K.L 3h2mlm, kak suria tlh membuka blog ko dan menunjukkan entry-entry masakan terbaru ko...wah...hebatnya..akak, kak suria dan dak wan pun mengumpat akan kerajinan ko memasak pada mLm yg hening ini.ianya adalah sgt impressive dan nampak berbaloi2...dak wan siap buat statement pas ni kalu kak diana buek open house tak payahlah catering lagi sbb macm2 masakan dah dicuba.bagus2..teruskan usaha dan kami akan terus menyokong dari jauh dan bila dah dekat nanti takdelah benda lain yg kami nak lakukan selain mengtaste masakan2 tersebut dan memastikan kesodapannya..kehkehkeh...bravo!

    ReplyDelete
  2. wah bagus skrg rajin mengkomen.berkenaan program food tasting itu iye tiada masalah sile pastikan perut betul2 lapar supaya semua masakan nampak dan rasa sedap dan pilih resipi dr blog yang nak diorder. heheh..

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..