March 8, 2010

soto untuk mertua

tajuk itu aku terpikir dari semalam. perlukah begitu. ceritanya begini petang rabu lepas aku menerima perkhabaran dari my hubby aka 'papa' yang dua biras terchenta aku nak melawat ke rumah sabtu nanti. aku menerima perkhabaran itu dgn penuh keinsafan. kenapakah mereka perlu membuat appointment sebegitu untuk ke rumah aku? sadis sgtkah aku? loyer miskin tak sedar dirikah aku? divakah?

sebenarnya aku paham dorg tak nak meletihkan aku yang semenjak ada si chabam (chacha yang tembam) ini tidak mempunyai masa utk diri sendiri lagi..dan dorg risau anak2 memasing akan menyepahkan rumah aku yang sememangnya sediakala bersepah itu..

actually dorg bila2 masa je buleh singgah tp aku tau oleh kerana kak biras ku itu merupakan tukang masak yang hebat, maka hint utk datang melalui appointment itu pastinye utk merasa masakan air tgn dak ana ini hehe..ok no problem..aku seperti biasa akan masak soto. tanya ke papa, "ketupat or mee or mihun?". papa suke "mee". ok. mee soto then..so aku decide utk ajak the whole family sume skali ada 15 org sumenya..

dan berita itu tenggelam timbul dgn kesibukan aku ari khamis sampai jumaat. jumaat malam pi beli brg. sabtu tghari papa pi beli ayam kampung 2 ekor. dan pastu masak. dan aku first time masak mi soto tanpa rempah ready made, buat bergedil sendiri dapat 22 ketul (actually buleh lebih tp dah masuk perut) tanpa bantuan kakak aku dak wati, dan mencarik-carik ayam soto. selalu aku potong kecit2 jer kasi campak dlm soto. but imej tu penting wei, so aku menyiat separuh ayam itu (separuh potong kecit dalam sup) dgn mata dan hati yang tersayat2 dek ngantuk dan letih petang sabtu tu..aku juga menggoreng kacang tanah buat garnishing, kuah kicap cili api dan taugeh celur..bwg goreng beli, dan daun bawang+sup dgn jari yg runcing ini dihiris dgn hati terhiris luka..(tetiba)



so inilah hasilnya..kami top up sate 100 cucuk sebab adik ipar aku dak amy tak makan soto. tp aku paksa jugak dia makan kalo tak aku tak nak gi meminang utk dia nanti..kuah soto belum letak dalam bekas sebab kunun nak serve hot2 le nanti..bile dorg pas maghrib sampai baru letak atas meja lupe dah nak amik gambo..



karang korg tak pecaya pulak, maka inilah soto ayam kg yang aku masak. kenapa aku guna periuk itu bukan periuk lain yang lebih kredibel mungkin terkalut dah lambat nak masak. wakaka..

alhamdulillah, mee soto itu licin sehingga ke helaian mee yg terakhir. lapar agaknya sume orang. kak biras aku sungguh gembira makan soto ngan kuah kicap cili api itu sebab aku dan dia je suke makan podeh2 (pedas) gitu. sate telebih tp aku tapau buat dak amy telan kat rumah sana nanti. anyway itu adalah makan2 yang gumbira. anak2 pun gumbira bermain tak hengat dunia..

lama giler tak masak byk2 since last open house 2008. so aku harap entri ni bukanlah yang terakhir untuk label entri 'cooking' ini.

resipi tu buleh cuba soto letak santan pekat secawan sgt2 sedap. mula2 takut nak try but then sgt2 disarankan mencubanya..ni add dia.. (http://www.myresipi.com/top/detail/1856) memang lebih sedap kalu letak rempah sendiri bukan yg segera punya..

begedil resipi sama cam MK punye cuma kentang tu dipotong wedges dan goreng sampai masak then tumbuk (lenyek) baru dimasuk yg lain2. kunun2 kakak aku kabo ikut cara org indon lah..

cuma peringatan utk diri sendiri lain kali:

1: kalau ada kanak2, gorenglah nuget ke fries ke hapa buat ditelan semasa mereka bermain. nak suruh duk makan kat meja jgn harap. udahnya mak bapak memasing kena ikut bontot anak2 suap makan..
2: tambah le variety ketupat nasik ke lain kali. usah le pemalas bonar..
3: mangkuk makan mi ekau tak cukup diana ooi..sampei kena korek lemari dan pakai mangkuk ayan. pi oder kat dak uma (staf aku ni minah katalog, sume katalog ada) mangkuk corningware ko apo..utang byr 10x no problem..

aku sgt menghargai mempunyai rakan tukang masak seperti MK dan selalu aku melilau ke blog MK (to cook or babble) itu mengagumi kehandalannya memasak dan kesudiannya berkongsi resepi. nanti athan aku nak try buat 'choco cup' ko itu dulu sebab aiman suke sgt masak together gether ni tp kene kumpul duit beli oven sebab oven aku dah aku sedekahkan kpd adik ipar aku.

semoga aku akan rajin masak utk kemaslahatan keluarga kami.. amin..dan lebih resipi utk dicoba..jgnle resipi sama muntah pulak org nanti..

tajuk entri ni sepatutnya, "soto untuk biras"..hehe

3 comments:

  1. patutlah aku tersedak-sedak, namaku disebut2 di sini. sebenarnye diana, aku serious tak reti masak (dulu) tak caya ko bukak balik 1st entry aku dulu. pastu resepi yg aku masak pun actually yg senang2 je. sesuai utk working mom mcm kita. ala-ala realiti tv tajuk 'mak kintan modern mom in the kitchen' boleh???

    ReplyDelete
  2. tan:aku suke pasal mudah tu le. tak menyerabutkan kepalo. aku salute kat org yg masak selalu ni.bagus2..biar aku menginsapi diri..wakaka

    ReplyDelete
  3. mama, soto ni antara makanan faveret aku-kalau kat kg aku tu ada "soto cik bibah" mmg best giler makan soto dia, tapi kat area kg pandan ni-ada restoran "soto-no 3 tersedap" tapi x sodap ngt pun banding "soto Cik Bibah" tu-btw-kagum ngn semangat ko-lepasni aku pun boleh memasak-almaklum dpt dapur baru-hu3x

    ReplyDelete

masa untuk bersuka-ria..